Bantuan Ihsan Kematian RM1,800 : Cara Mohon dan Syarat Kelayakan

Bantuan Ihsan Kematian (BIK) ialah inisiatif kerajaan Sarawak yang menyediakan bantuan kepada waris pemegang Kenyalang Gold Card.

“Bantuan Ihsan Kematian” juga dikenali sebagai ‘BIK’ adalah eksklusif untuk rakyat Sarawak di mana penerima akan diberi RM 1,800 apabila pemegang kad yang layak meninggal dunia.

Tujuan utama BIK adalah meringankan beban kewangan keluarga dalam menguruskan perbelanjaan pengebumian.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak dalam menjaga kebajikan warga emas dan keluarga mereka.

Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan Kematian RM1,800

iSarawakCare 1024x522 1
Bantuan Ihsan Kematian RM1,800 : Cara Mohon dan Syarat Kelayakan 5

Untuk layak menerima Bantuan Ihsan Kematian (BIK), syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

  1. Waris pemegang KGC yang meninggal dunia: Waris sah kepada pemegang KGC layak memohon bantuan ini.
  2. Pemegang KGC yang tidak menerima faedah kematian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Bagi pesara kerajaan yang sudah menerima faedah kematian daripada JPA, BIK tidak akan diberikan.
  3. Pemegang KGC yang bukan penghuni institusi kerajaan: Pemegang KGC yang menetap di institusi kerajaan tidak layak untuk BIK.
  4. Permohonan dibuat dalam tempoh 4 bulan (120 hari) selepas kematian: Waris perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh ini untuk melayakkan diri menerima bantuan.

Baca Juga: Bantuan RM100 Setiap Bulan Untuk Golongan B40

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

Permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) memerlukan dokumen sokongan berikut:

  1. Kad KGC si mati atau Slip Permohonan atau Surat Pengesahan JKMS.
  2. Salinan dan asal Sijil Kematian pemegang KGC.
  3. Salinan nombor akaun bank waris.
  4. Salinan kad pengenalan waris.
  5. Pengesahan daripada Ketua Masyarakat / Ketua Kaum / Ketua Kampung / Tuai Rumah.
  6. Dokumen lain jika berkenaan.

Cara Mohon Bantuan Bantuan Ihsan Kematian RM1,800

Bantuan Ihsan Kematian 1024x619 1
Bantuan Ihsan Kematian RM1,800 : Cara Mohon dan Syarat Kelayakan 6

Permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) boleh dibuat melalui saluran berikut:

  1. Serahan borang permohonan secara fizikal: Waris boleh menghantar borang permohonan di kaunter Jabatan Kebajikan Negeri, Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan Sub-daerah, serta Pusat Khidmat Sarawak di seluruh negeri. Borang permohonan boleh dimuat turun di: https://srms.sarawak.gov.my/srms/srms/sla/att_download/V3BIWTBNTlZRT2ZBNS9aSnRTWDZDaTlCbXJYWjZ3alNTY2NUZ2ZWVlJtYz0=
  2. Permohonan dalam talian di https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/

Baca Juga: STR 2025 : Tarikh Bayaran Fasa 1 – 4 ~ Cek Kelayakan Anda Sekarang

Maklumat tambahan

  • Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan BIK.
  • Pastikan semua dokumen sokongan disediakan dan lengkap.
  • Dokumen yang diserahkan hendaklah jelas dan boleh dibaca.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Kematian (BIK), sila hubungi:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak: +6082-449577 / 444139
  • Kunjungi pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat semasa waktu pejabat.

BIK merupakan salah satu manfaat yang disediakan kepada pemegang Kenyalang Gold Card, selain pelbagai diskaun dan rebat ke atas barangan keperluan harian, perkhidmatan kesihatan, telekomunikasi, dan pengangkutan.