Cara Mohon Bantuan Kewangan RM200 Sebulan Untuk Semua Rakyat Malaysia 2021

AVvXsEjk7v1MBXysuHYkPQOs47zFzXOSCLG60YYNaAxOK4NBxuJtaW461fPjSHduwWIRV7gDnmbLvsAxdi1D2oY7oPOP7zjBPMgMW42Uk2F2syKTwf34DDNsIVl5xIxc2o6u7e8I O5KMg Ql3FxTYsmaPYFxsGqw5jyPKYpG7mrVgvalcI3j kGipvVXsjp=s16000


Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa pihak kerajaan sangat mengambil berat
tentang masalah dan keperitan yang dialami oleh majoriti golongan rakyat pada
hari ini. Oleh yang demikian, untuk makluman anda semua terdapat pelbagai
bantuan yang telah pihak kerajaan perkenalkan antaranya dari segi bantuan
bakul makanan, bantuan kewangan dan lain-lain lagi untuk golongan B40 dengan
tujuan membantu meringankan beban yang sedang dihadapi lebih-lebih lagi pada
ketika penularan wabak pandemik yang melanda negara kita sekarang ini.


Oleh sebab itu, pihak JKM dengan kerjasama pihak kerajaan telah menyediakan
sebuah bantuan dalam latihan perantis yang bertujuan untuk memberi kan
kemudahan kepada anak-anak untuk menerima bantuan JKM bagi mendapatkan
latihan kemahiran ataupun latihan sambil bekerja.

Bantuan kewangan ini diperkenalkan oleh pihak JKM bagi bertujuan untuk
membantu meringankan beban kehidupan seharian golongan b40 yang kehilangan
sumber pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang
melanda negara ketika ini.

JUMLAH BANTUAN


Untuk makluman, jumlah bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada
golongan b40 yang layak ialah:
RM200 Sebulan

TUJUAN BANTUAN DISALURKAN

Tujuan utama bantuan latihan perantis JKM ini disalurkan kepada golongan
b40 adalah untuk:
  • Membantu klien jabatan ataupun anak-anak yang merupakan penerima
    bantuan tercicir daripada pendidikan.
  • Bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan
    kemahiran.
SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum
melakukan permohonan:
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Anak-anak yang menerima bantuan dari institusi kebajikan
  • Bekas pelatih perintah khidmat Malaysia ataupun;
  • Mana-mana kes bekeperluan yang layak untuk dipertimbangkan dengan
    mempunyai kelulusan daripada KPKM.
CARA MEMOHON

Sebelum melakukan permohonan, berikut adalah merupakan dokumen yang perlu
anda sediakan bagi tujuan memudahkan urusan permohonan:
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / anak yang tinggal
    bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak serta ahli keluarga yang tinggal
    bersama.
  • Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
  • Dokumen lain yang dirasa diperlukan.
Berikut adalah merupakan borang permohonan yang perlu anda lengkapkan dan
kemudian hantar ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda:
  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan – klik DI SINI
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan – klik
    DI SINI