Cara Mohon & Daftar Program Rumah PPRT Tahun 2022, Semak Kelayakan Anda

Spread the love

Blog%20telegram

Terdapat pelbagai bantuan yang telah disediakan yang bertujuan untuk membantu
dan meringankan beban rakyat yang memerlukan diluar sana. Kepada mereka yang
terlepas pandang, sebuah program yang dikenali sebagai Program Perumahan
Rakyat Termiskin atau PPRT telahpun diperkenalkan oleh Pihak Kementerian
Pembangunan Luar Bandar.


Program yang dilancarkan ini adalah mensasarkan mereka yang terdiri
daripada golongan yang mana ingin membina rumah baharu atau membaik pulih
rumah untuk didiami dan memerlukan bantuan.

PENGENALAN PPRT

Objektif utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ini diperkenalkan
kepada orang awam adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga yang
miskin dan miskin tegar. Ia dilakukan dengan cara membaik pulih atay membina
rumah yang baharu untuk menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan
selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

BANTUAN PPRT

Berikut merupakan golongan yang lebih diutamakan untuk membuat permohonan
bantuan PPRT:
  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang
    mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang
    ramai.
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil.
  • Orang Kelaina Upaya – OKU.
  • Warga Emas.

JENIS KATEGORI RUMAH PPRT

Berikut merupakan 2 Program PPRT yang telah disediakan:


1) Baik Pulih

a) 3 elemen penting dalam proses baik pulih.
  • Requisition.
  • Penyelenggaraan.
  • Penambah baikan.

b) Syarat program bantuan baik pulih rumah adalah seperti yang
berikut:
  • Mendapatkan surat kebenaran untuk kes menumpang tapak tanah dari
    pemilik.
  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang rosak
    ataupun usang disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di
    perbaiki.

2) Bina Rumah

Untuk individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami
kini sudah usang dan tidak selamat untu didiami, mereka akan diberikan
bantuan pembinaan rumah yang baharu.

PANDUAN CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT 2022 – SECARA
ONLINE

Sekiranya anda ingin membuat permohonan dan memenuhi syarat yang telah
ditetapkan, berikut merupakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT yang telah
disediakan:

  • Anda hendaklah melayari Portal Rasmi eSPKR –
    DI SINI
  • Setelah itu, tekan butang ‘Program Perumahan Rakyat Termiskin’ di
    halaman utama.
  • Anda mestilah melengkapkan maklumat anda yang dikehendaki di ruangan
    yang telah disediakan.
  • Sekiranya ianya telah lengkap diisi, tekan ‘Hantar Permohonan’.


MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi pihak yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Program
Perumahan PPRT: