Cara Mohon My Subsidi Diesel 2024

Dalam memperkasa pengurusan belanjawan negara serta sumber bahan api, Kerajaan Malaysia telah melancarkan sistem My Subsidi Diesel.

Sistem ini direka untuk meningkatkan keberkesanan pengagihan diesel bersubsidi, dengan memastikan hanya kenderaan yang berdaftar dan dilengkapi dengan ‘Fleet Card’ yang akan menerima bantuan subsidi ini.

Ini merupakan langkah proaktif untuk memantau penggunaan diesel dan menghindari sebarang bentuk ketirisan.

Selain itu, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) juga telah diperkenalkan khusus untuk sektor pengangkutan darat. Melalui penggunaan ‘Fleet Card’, kerajaan menegaskan bahawa program subsidi diesel akan terus berjalan, namun dengan pengawasan yang lebih ketat demi memastikan hanya penerima yang layak sahaja mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Langkah ini diharapkan dapat memastikan penggunaan dana negara serta sumber bahan api yang lebih adil dan berhemat.

Apa itu bantuan My Subsidi Diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan sebuah portal baru, My Subsidi Diesel, yang bertujuan untuk memudahkan proses permohonan subsidi diesel bagi individu dan syarikat.

Portal ini dibina dengan tujuan dapat mempercepatkan urusan permohonan dan pengurusan berkaitan minyak diesel, serta meningkatkan kecekapan dalam pengedaran subsidi.

Pilihan Pembaca:—————————

———————————————————

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodernisasikan perkhidmatan kepada rakyat dan meningkatkan ketelusan kerajaan dalam pengagihan bantuan kepada rakyat.

image 17
Cara Mohon My Subsidi Diesel 2024 7

Bantuan Subsidi Diberhentikan Pada Tahun 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) telah menafikan dakwaan yang telah tular di media sosial mengenai pembatalan subsidi diesel pada tahun 2024.

Menurut laporan terkini oleh akhbar Kosmo, pihak KPDN telah memberikan penjelasan rasmi yang menegaskan bahawa tiada keputusan yang telah dibuat berkaitan dengan pembatalan subsidi tersebut.

Pihak KPDN juga menyeru orang ramai untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sah dan tidak mudah percaya dengan berita yang tular di media sosial.

KPDN komited untuk memastikan kestabilan harga dan bekalan diesel untuk mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengguna.

Syarat Kelayakan Bantuan My Subsidi Diesel 2024

Untuk membuat permohonan melalui My Subsidi Diesel terdapat beberapa syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan oleh pihak KPDNHEP. Berikut merupakan syarat kelayakan bagi permohonan Mysubsidi diesel :

  1. Mestilah permohonan dibuat oleh pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
  2. Hanya kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
  4. Bagi syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah hanya untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    • Mengemukakan dengan lengkap serta tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
    • Bagi semakan syarat kelayakan yang lebih lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi KPDN Mysubsidi diesel.

Jenis Kenderaan Layak Bantuan My Subsidi Diesel 2024

Terdapat sebanyak 11 jenis kenderaan yang layak untuk menerima bantuan subsidi dari kerajaan Malaysia. Berikut merupakan 11 jenis kenderaan yang layak untuk menerima My Subsidi Diesel:

  1. Bas Sekolah
  2. Teksi
  3. Bas Ekspres
  4. Van Mayat
  5. Bas Berhenti-henti
  6. Lori Mayat
  7. Bas Mini
  8. Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  9. Bas Pengantara
  10. Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
  11. Kereta Sewa
image 18
Cara Mohon My Subsidi Diesel 2024 8

Cara Mohon Online Bantuan My Subsidi Diesel 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan bahawa permohonan untuk kelulusan pembelian diesel bersubsidi kini boleh dilakukan menggunakan kaedah ‘Multiple Fleetcard’.

Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan proses permohonan bagi syarikat-syarikat yang baru mendaftar. Selain itu, proses pertukaran syarikat minyak dan pendaftaran kenderaan juga telah dipermudah dengan pengenalan sistem permohonan online.

Individu atau syarikat yang berminat boleh membuat permohonan melalui portal My Subsidi Diesel. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan dan mempercepat proses kelulusan pembelian diesel bersubsidi.

Ini caranya memohon secara online :

  1. Untuk membuat permohonan boleh layari laman My Subsidi Diesel.
  2. Bagi pengguna baharu, anda boleh mendaftar akaun baharu terlebih dahulu, kemudian log masuk.
  3. Untuk membuat permohonan anda boleh merujuk pada manual pengguna yang telah disediakan.
  4. Selepas anda mengikuti cara dan kaedah yang betul, anda boleh membuat pengesahan dengan segera.
image 19
Cara Mohon My Subsidi Diesel 2024 9

Anda juga boleh memuat turun PDF Panduan Permohonan Bantuan yang dikeluarkan sendiri dari pihak KPDN di bawah

Cara Mohon MySubsidi Diesel (Skid Tank)

Kenderaan yang termasuk dalam Skid Tank adalah :

  1. Bas Pengantara
  2. Bas Henti-Henti
  3. Bas Sekolah
  4. Bas Mini
  5. Bas Ekspress
image 20
Cara Mohon My Subsidi Diesel 2024 10

Untuk permohonan subsidi diesel bagi skid tank adalah terdapat dua jenis kategori. Berikut adalah cara buat permohonan subsidi bagi jenis kenderaan skid tank :

Sektor Pengankutan Darat

  1. Pemohon hendaklah memiliki skid-tank yang diluluskan oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal Ehwal Pengguna di negeri atau daerah yang berkenaan.
  2. Permohonan adalah melalui penghantaran borang yang tertera pada alamat dibawah.
  3. Berikut adalah borang serta senarai semak yang perlu digunakan:

Sektor Pengangkutan Sungai

  1. Sekiranya pemilik-pemilik bot penumpang sungai memohon kemudahan Mysubsidi diesel melalui pihak ketiga, pemilik bot penumpang sungai berkenaan hendaklah menandatangani surat akuan pemilik bot penumpang sungai yang membenarkan pihak ketiga untuk memohon bantuan subsidi ini bagi pihak mereka.
  2. Borang serta senarai semak yang perlu digunakan.

Selepas selesai melengkap borang yang diperlukan serta senarai semak, anda boleh menghantar permohonan ke alamat tertera dibawah:

Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 2 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.