RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB 2025 : CARA MOHON DAN SYARAT KLELAYAKAN

Anda ada tanah dan ingin bina rumah sendiri? Dapatkan subsidi sehingga RM20,000 melalui skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB!

Bagi mereka yang mempunyai tanah persendirian tetapi masih belum mempunyai rumah sendiri, ini berita baik untuk anda. Semasa pembentangan Bajet 2024, sebanyak RM358 juta disediakan bagi meneruskan 14 Program Rumah Mesra Rakyat melibatkan 3,500 unit rumah. Sehingga 31 Januari 2024, terdapat 187,248 permohonan untuk RMR dengan 65,758 permohonan diluluskan.

Dengan peruntukan yang telah dibentangkan ini, sekarang adalah masa yang baik bagi anda untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya dari skim perumahan ini. Selain daripada Skim RMR, ada 7 skim perumahan kerajaan yang tersedia untuk kumpulan B40 dan M40 yang anda boleh semak and mohon. 

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

SKIM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB atau Rumah Mesra Rakyat (RMR) diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40),  seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Apa yang menarik dalam program perumahan ini, pemohon yang berjaya akan mendapat subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Ia merupakan jumlah yang besar dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi mereka yang layak.

SYARAT MOHON RUMAH MESRA RAKYAT

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan RMR:

Syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat 2024Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun.

Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000

Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri ATAU rumah pemohon yang sedia ada sudah usang dan tidak sempurna

Tanah tiada sebarang bebanan atau gadaian/ jika bukan pemilik tanah, perlu mendapatkan kebenaran tuan tanah yang masih hidup.

Keluasan tanah tidak kurang dari 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)

Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Pemohon kedua berusia 18 hingga 42 tahun JIKA pemohon pertama berusia 42 tahun ke atas.

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT

  • Permohonan online boleh dibuat di laman web SPNB
  • Rumah satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air
  • Caj pengurusan pinjaman akan dikenakan sebanyak 2%
  • Selain itu, wujud perbezaan harga rumah yang boleh dimohon subsidi seperti berikut:
PERKARASEMENANJUNG MALAYSIAPULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIASABAH / SARAWAK/ LABUAN
Keluasan rumah750 kps750 kps750 kps
Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk)3,000 kps (279 mps)3,000 kps (279 mps)3,000 kps (279 mps)
HargaRM 75,000RM 85,000Bermula RM 75,000
  • Bagi pinjaman, jika pemohon meninggal dunia dan diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jika tiada sebarang insurans  pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 1 – JADUAL & TARIKH BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT

Subsidi yang diberikan menerusi program RMR ini adalah sebanyak RM20,000. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang pinjaman ini:

Jumlah pinjaman dan anggaran bayaran bulanan RMRTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Kaedah pembiayaanI. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
Dokumen perjanjian dan sekuritiFirma guaman berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan pembinaanI. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

REKA BENTUK RUMAH MESRA RAKYAT

Rumah Mesra Rakyat mempunyai 6 rekabentuk untuk rumah satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Apa yang menarik, SPNB juga menawarkan rekaan rumah baru yang lebih kontemporari berbanding rekaan yang terdahulu. Berikut antara rekaan terbaru Rumah Mesra Rakyat.

image 27
RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB 2025 : CARA MOHON DAN SYARAT KLELAYAKAN 5
image 28
RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB 2025 : CARA MOHON DAN SYARAT KLELAYAKAN 6

Anda boleh juga tengok pelbagai lagi rekaan terkini RMR di laman web mereka,

CARA MOHON RUMAH MESRA RAKYAT

Permohonan RMR boleh dibuat dengan cara-cara berikut: 

  1. Layari laman web Rumah Mesra Rakyat (RMR)
  2. Klik permohonan dan buat permohonan baru. Isi borang pendaftaran dengan lengkap
  3. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Gunakan LoginID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. Isi maklumat ke dalam sistem 
  6. Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. Hantar borang berserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Pemohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar
  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, berkunjung ke cawangan yang terdekat atau menghubungi mereka.

Leave a Comment