Cara Muat Turun Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

Spread the love


Cara Muat Turun Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Sokongan Yang di
Perlukan. 


Berita gembira buat mereka yang telah memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 tetapi berstatus tidak lulus. Untuk pengetahuan anda, Kementerian
Kewangan Malaysia telah memaklumkan bagi pemohon BSH yang berstatus tidak
berjaya, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan bermula daripada 7 Ogos
hingga 6 September 2020. 

Permohonan
rayuan
ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau hadir di mana-mana
cawangan Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pusat Khidmat Hasil (PKH)
dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Menurut Menteri Kewangan
Malaysia, pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga sudah mula
diagihkan bermula 24 Julai lalu membabitkan peruntukan mencecah hampir RM3
bilion. Pemberian bantuan ini diperkira dapat dimanfaatkan oleh 4.28 juta
penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah termasuk 530,000 golongan bujang
yang berusia 40 hingga 59 tahun.

(MUAT TURUN) BORANG RAYUAN BSH 2020 DAN SENARAI DOKUMEN
SOKONGAN



Berikut dikongsikan adalah informasi-informasi penting tentang Bantuan
Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan serta dokumen
sokongan :

SYARAT KELAYAKAN MOHON RAYUAN BSH 2020

  • Pemohon yang berstatus tidak lulus ataupun tidak berjaya BSH
    2020
  • Rayuan tambahan kelayakan anak dan perubahan pendapatan bagi
    pemohon yang berstatus tidak lulus BSH 2020


MASA PEMBUKAAN KAUNTER BSH

● Semenanjung Malaysia : 9.00 AM – 5.00 PM

● Sabah/
Sarawak : 8.00 AM – 4.00 PM

Nota Penting: Waktu operasi UTC
adalah bergantung pada waktu yang telah ditetapkan bagi setiap UTC.

CARA MOHON RAYUAN BSH 2020

● Secara Manual (Isi Borang)

1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh juga dibuat secara manual iaitu
isi borang. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi BSH
atau hadir di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat
Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar

2. Untuk muat
turun borang permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat menerusi pautan
https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf
PicsArt 08 07 09.51.30 1
PicsArt 08 07 09.52.38 1Borang Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020

3. Borang
permohonan yang diisi dengan lengkap perlu disertakan dengan beberapa
dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kod tidak lulus BSH
masing-masing. Anda boleh muat turun
Borang Serahan Dokumen BSH 2020.

4. Penghantaran ke cawangan LHDN/ Pusat Khidmat Hasil dan
Urban Transformation Centre (UTC).

Nota : Bagi anda yang ingin
membuat rayuan BSH 2020 di kaunter LHDN, sila rujuk kod tidak lulus BSH
dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan
disini.

● Secara Online



Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH
https://bsh.hasil.gov.my.
Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak
lulus tertentu sahaja.
PicsArt 08 06 04.12.49 2Permohonan
rayuan BSH 2020 yang dibenarkan secara online

SEMAKAN STATUS RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP 2020

Keputusan permohonan rayuan BSH 2020 akan dimaklumkan selepas
permohonan rayuan ditutup.

Sebarang keterangan lanjut tentang
BSH, sila hubungi di talian :
Web : https://bsh.hasil.gov.my/
Hotline
BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
Emel :
[email protected]

BACA JUGA : Program Perumahan Rakyat PPR MyHome/ PPR Disewa/ PPR Dimiliki/
RumahTransit/ SPP



Penafian : Laman web semakankerjaya tiada sebarang kaitan dengan
pihak JPW. Laman ini hanya berkongsi atau menyampaikan informasi
am kepada umum. Sebarang kehilangan data / maklumat tidak
dipertanggungjawabkan oleh laman semakankerjaya.


Sumber: myinformasi.net