SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah

Spread the love

SARA 2024: Isi rumah dengan lima atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, layak Sumbangan Asas Rahmah.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima SARA

Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

427497724 358342370487779 7049798187161635589 n
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 13
Banner Telegram 1 1 22
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 14
SARA 2024
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 15

Pilihan Pembaca:—————————

———————————————————

Kategori & Jumlah Bantuan

2 kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah fasa 2 diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.

Kategori SARA 2024Kadar Bantuan
STR MiskinRM1200
STR Miskin TegarRM1200
STR Isi RumahRM300
STR BujangRM150
SARA 2 1024x1024 1
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 16
SARA 3 1024x1024 1
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 17

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2, terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
427625913 358342373821112 8195898290703074906 n
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 18

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Status Layak Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024 1 532x1024 1
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 19

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
MyKasih 2024 Status layak RM1200 587x1024 1
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 20

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 bagi tahun 2024 telah mula disalurkan bermula 01 Februari 2024 (RM100 / sebulan) manakala bayaran seterusnya mulai Mac 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Capture
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 21

Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

SARA 1024x1024 1
SARA Fasa 2: Cara Semak Sumbangan Asas Rahmah 22

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan bantuan pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Bagi tahun 2024, bantuan ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Penafian

SemakanKerjaya tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.