Datuk Seri Najib Razak Bebas Dan Terima Pengampunan?

Najib Razak Bebas – Dimasukkan pada penjara pada Ogos 2022, siapa sangka mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Menerusi sumber daripada Utusan Malaysia, Najib Razak sudah mendapat pengampunan namun kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa secara ringkas memaklumkan sebuah kenyataan rasmi bakal dikeluarkan melibatkan Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.

Najib Razak Bebas

Katanya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, bagaimanapun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

ONLINE najib razak 2048x1365 1
Datuk Seri Najib Razak Bebas Dan Terima Pengampunan? 6

Semalam, akhbar ini melaporkan Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan Najib.

Banner Telegram 3
Datuk Seri Najib Razak Bebas Dan Terima Pengampunan? 7

Pilihan Pembaca:

Spekulasi Najib Razak Bebas

Bagaimanapun, Zaliha enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan memandangkan ia adalah perkara sulit.

Bagaimanapun, Zaliha enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan memandangkan ia adalah perkara sulit.

Bulan lalu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

Namun, Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri 10 Januari lalu tidak membincangkan perkaraa yang membabitkan Lembaga Pengampunan termasuk kes bekas Perdana Menteri.

Banner Whatsapp 2
Datuk Seri Najib Razak Bebas Dan Terima Pengampunan? 8

Sumber: Utusan