NEW DELHI – Seorang pakar bedah di Bangalore, India, sanggup berlari sejauh 3
kilometer ke hospital untuk melakukan pembedahan ke atas seorang pesakitnya
selepas terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang teruk, lapor laman berita
India Today semalam.
Dr. Govind Nandakumar yang merupakan Pakar Bedah Gastroenterologi di
Hospital Manipal Sarjapur, dijadualkan melakukan pembedahan kecemasan
laparoskopi pundi hempedu terhadap seorang pesakit wanita separuh usia pada
pukul 10 pagi (waktu tempatan), 30 Ogos lalu.
Hospital Manipal Sarjapur, dijadualkan melakukan pembedahan kecemasan
laparoskopi pundi hempedu terhadap seorang pesakit wanita separuh usia pada
pukul 10 pagi (waktu tempatan), 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Sarjapur,
Marathalli.
Marathalli.
Tanpa berfikir panjang, Govind meninggalkan kereta yang dipandu pemandunya
dan berlari sejauh 3 kilometer ke hospital bagi melakukan pembedahan
tersebut.
dan berlari sejauh 3 kilometer ke hospital bagi melakukan pembedahan
tersebut.
“Setiap hari, saya melakukan perjalanan dari Bangalore tengah ke Hospital
Manipal di Sarjapur yang terletak di tenggara Bangalore.
Manipal di Sarjapur yang terletak di tenggara Bangalore.
“Saya bertolak dari rumah pada waktu yang tepat untuk menjalankan
pembedahan. Pasukan saya juga telah bersiap sedia untuk melakukan pembedahan
sebaik sahaja saya tiba di hospital.
pembedahan. Pasukan saya juga telah bersiap sedia untuk melakukan pembedahan
sebaik sahaja saya tiba di hospital.
“Melihatkan keadaan lalu lintas yang teruk, saya membuat keputusan untuk
meninggalkan kereta bersama pemandu dan berlari ke hospital tanpa berfikir
panjang,” ujarnya.
meninggalkan kereta bersama pemandu dan berlari ke hospital tanpa berfikir
panjang,” ujarnya.
Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan pesakit berkenaan dilaporkan
telah keluar dari hospital dan berada dalam keadaan baik.
telah keluar dari hospital dan berada dalam keadaan baik.
Sumber: kosmo.com.my
Syraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”