e-Start: Cara Tebus RM150 Bantuan e-Wallet Tahun 2022

Spread the love

AVvXsEgoYQOs9dFjzJKgSFm42yxo4gpXAAHnmqWazifyvXFFWV9BP nWN3SHw1s SOCZh4UG5c yC 03CnMDW1AxNlBnMj8i utEca JsM889 zPpHL8cEf7XNwZTpnnwr1d2LqRGVOIDt6IVqff0 p75YXmh9p

Kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi
Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan
(eWallet Belia 2022).
Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz berkata, e-Start akan
mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga
pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.


“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang
menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui
pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eStart untuk makluman
bersama.

Apa itu Program eStart


e-Start merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya
transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke
dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar
sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.