eGumis: Jom Semak Secara Online Wang Tak Dituntut 2021



Tahukah anda jumlah wang tak dituntut (WTD) setakat Februari 2021 adalah RM9.4
bilion dan akan meningkat saban tahun. Jika dahulu anda kena beratur di
kaunter untuk membuat semakan, kini anda boleh menyemak secara online sahaja.
Oleh itu, kami dari mingguankerja ingin berkongsi cara untuk membuat semakan
permohonan dan tuntuan WTD secara online.


CARA MELAKUKAN SEMAKAN ONLINE WTD


Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:

Langkah 1 : Layari pautan
portal https://egumis.anm.gov.my/

 Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

 Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

 Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

 Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk
membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran
syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

 Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.

CARA LAIN UNTUK MELAKUKAN TUNTUTAN WTD

WTD boleh dituntut melalui 3 cara iaitu:

Online

 Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

 Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT”
untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak
maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)

 Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan
Permohonan”

 Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima
WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama
seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian
“Simpan”.

 Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”

 Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta
terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar
permohonan tuntutan

 Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

*Proses
bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.


Kaunter

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak secara
terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

POS


Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui
pos di alamat:

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak
Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara,
Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7,
Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya


MAKLUMAT LANJUT



Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan
tuntutan WTD, anda boleh:

Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di
[email protected]
Juga menghubungi Call Centre di talian
+603 2056 8052/53/54/55
Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056
8000