eMadani MAE : Cara Tebus RM100 Kredit eWallet MAE

Spread the love

eMadani MAE-eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Berikut disediakan cara-cara tebus kredit eWallet RM100 bantuan kerajaan yang boleh ditebus bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Semoga bermanfaat.

mae madani
eMadani MAE : Cara Tebus RM100 Kredit eWallet MAE 5

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KREDIT RM100 EMADANI MAE

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023

ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Tarikh Penebusan RM100 eMADANI MAE

Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Cara Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE
Langkah 2: Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
Langkah 3: Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘Submit’
Langkah 4: Anda akan terima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!

Di manakah RM100 eMADANI MAE boleh dibelanjakan?

RM100 eMADANI hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR dari bank-bank dan e-dompet yang mengambil bahagian. RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah:

• Pemindahan rakan ke rakan
• Penebusan tunai
• Pembayaran bil utiliti yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
• Bayaran yuran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
• Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
• Pembelian permainan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
• Pembayaran parkir dan/atau tol yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
• Aktiviti berkaitan pelaburan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
• Transaksi QR merentas sempadan

Cara Pembayaran Menggunakan eMADANI MAE RM100

Terdapat dua cara pembayaran menggunakan kod QR yang boleh dilakukan melalui aplikasi MAE. Anda boleh mengimbas kod QR peniaga atau tunjukkan kod QR anda kepada peniaga untuk diimbas melalui Scan & Pay.

mae madani qr
eMadani MAE : Cara Tebus RM100 Kredit eWallet MAE 6

Promosi Yang Sedang Berlangsung

Buat masa yang terhad, anda berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti Proton S70 baharu, Proton Exora, hadiah wang tunai dan banyak lagi apabila anda menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE.

Berikut adalah maklumat mengenai kempen ini.
Kempen: Tebus RM100 eMADANI, Belanja dan Menang
Tempoh Kempen: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

• MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
• Setel: Emel ke [email protected]
• ShopeePay: +603-2777 9222
• Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.