eMadani SETEL : Cara Tebus RM100 Bantuan eWallet di SETEL Petronas

eMADANI SETEL-eMADANI sudah tiba, dan SETEL Petronas adalah salah satu e-Dompet rasminya. Jom kita ketahui lebih lanjut tentang eWallet ini dan jangan lupa sahkan (verify) akaun Setel anda sebagai persediaan awal untuk membuat penebusan.

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Berikut disediakan cara-cara tebus kredit eWallet RM100 melalui aplikasi SETEL bantuan kerajaan yang boleh ditebus bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Semoga bermanfaat.

setel emadani 2
eMadani SETEL : Cara Tebus RM100 Bantuan eWallet di SETEL Petronas 7

SYARAT KELAYAKAN EMADANI SETEL

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan kredit melalui eMADANI Setel :

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
3. Berpendapatan bawah RM100,000 setahun
4. Bukan penerima eBeliaRahmah 2023
5. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.Telah membuat pengesahan kad pengenalan.

Tarikh Penebusan Kredit RM100 eMadani Setel

Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024

Cara Penebusan Dengan eMadani Setel

Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Langkah 1: Lancarkan aplikasi Setel
  • Langkah 2: Klik pada icon eMadani pada halaman utama
  • Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’
  • Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabilah penebusan RM100 eWallet berjaya.
setel emadani 4
eMadani SETEL : Cara Tebus RM100 Bantuan eWallet di SETEL Petronas 8

RM80 ‘Cash Back’ dan e-Baucar Istimewa Melalui eMADANI Setel

Pengguna yang menebus melalui Setel boleh menerima pulangan tunai sehingga RM80, di mana setiap perbelanjaan RM10 akan diberikan pulangan tunai 5%. Sebanyak RM25 pulangan tunai disesediakan untuk isian petrol, RM5 di Kedai Mesra (pelanggan baru sahaja), dan RM50 kedai dalam talian PETRONAS.

Walau bagaimanapun, Setel menyatakan eMadani tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian kedai PETRONAS. Bermakna insentif hanya boleh memanfaat pulangan tunai RM30 sahaja.

Selain dari itu, pengguna juga boleh menerima baucar dari jenama terkenal seperti Mydin, Dunkin Donuts, BusOnlineTicket.com, Gloria jeans Coffee, Bask Bear Coffe, Hero Market, KK Mart dan MyNews. Baucar ini boleh diakses di bahagian ‘Ganjaran’ dalam aplikasi. Namun, ia tertakluk untuk perbelanjaan minimum sebanyak RM5 dan tersedia untuk bilangan terhad.

Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit RM100 eMadani

Anda boleh menggunakannya untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

• Pemindahan ‘peer-to-peer’;
• Penebusan tunai;
• Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
• Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
• Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
• Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

cash back setel
eMadani SETEL : Cara Tebus RM100 Bantuan eWallet di SETEL Petronas 9

Cara gunakan eMadani Setel

Berikut adalah infografik bagaimana untuk menggunakan system pembayaran Setel :

cara guna setel
eMadani SETEL : Cara Tebus RM100 Bantuan eWallet di SETEL Petronas 10

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

• MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
• Setel: Emel ke [email protected]
• ShopeePay: +603-2777 9222
• Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.