eWallet RM100 : Cara Mohon Kredit e-Tunai 2023

Spread the love

eWallet RM100 : Cara Mohon Kredit e-Tunai untuk golongan B40 & M40. Kerajaan telahpun bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif daripada kerajaan ini dilakukan ekoran melihat kepada keberkesanan dan impak besar program kredit e-tunai kepada masyarakat yang telah dilakukan sebelum ini.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Memetik kata-kata beliau semasa Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Cara Mohon eWallet RM100

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Baca Juga :

eWallet RM100

Syarat Layak eWallet RM100

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Tarikh Penebusan Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada suku keempat tahun ini (Oktober – Disember 2023) – MoF