RASMI: Kerajaan Malaysia menerusi inisiatif Payung Rahmah akan mengkreditkan bantuan berupa eWallet RM100 Madani kepada penerima yang layak.
Bantuan ini akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.
Program etunai ini diyakini akan membawa manfaat kepada lebih dari 10 juta rakyat Malaysia, sudah semestinya mereka yang dikategorikan didalam kelompok B40 dan M40.
Ikuti Kami di Telegram Rasmi t.me/infobantuanMy
Syarat Wajib eWallet RM100 Madani
Kerajaan Malaysia dalam kenyataan sebelum ini telah sebulat suara untuk meneruskan inisiatif bantuan berupa eWallet RM100 Madani untuk semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah.
Baca Juga:
DS Anwar Ibrahim, PM Malaysia percaya inisiatif ini akan memberi manfaat ramai orang ekoran kejayaan dan impak besar program e-tunai dikalangan masyarakat Malaysia sebelum ini.
“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.
- Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah;
- Berumur 21 Tahun ke atas.
Tarikh Penebusan eWallet RM100 Madani
Bantuan eWallet RM100 untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas dan berpendapatan RM100,000 setahun akan dilakukan pada;
- Disember 2023
Cara Penebusan
Berdasarkan kepada bantuan ewallet RM100 Madani sebelum ini, tiga platform utama yang menyediakan tempat untuk menebus bantuan ini iaitu:
- Boost,
- Setel,
- Touch ‘n Go Wallet
Namun begitu, platform ewallet yang lain seperti ShopeePay, BigPay, GarbPay, dan lain-lain mungkin akan terlibat sekiranya pengumuman rasmi diumumkan kelak.
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.