Facebook Dan Instagram Kenakan Caj RM50 Sebulan

Facebook Dan Instagram Kenakan Caj – Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan laman sosial Facebook dan Instagram akan memperkenalkan perkhidmatan langganan kepada pengguna di kebanyakan negara Eropah. Secara tidak langsung menyekat iklan daripada muncul di kedua-dua platform tersebut.

telegram pmk
Facebook Dan Instagram Kenakan Caj RM50 Sebulan 5

Facebook Dan Instagram Kenakan Caj RM50 Sebulan

Kadar caj yang dikenakan kepada pengguna adalalah sebanyak €9.99 (RM50.43) sebulan sekiranya mahu menikmati pengalaman tanpa iklan.

Perkhidmatan tersebut diperkenalkan untuk pengguna di Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) serta Switzerland bermula November ini.

Menurut Meta, langganan itu bertujuan untuk mengatasi kebimbangan yang disuarakan EU sebelum ini, dan bukannya mahu mengaut keuntungan.

facebook dan instagram kenakan caj 2
Facebook Dan Instagram Kenakan Caj RM50 Sebulan 6

“Pilihan untuk membeli langganan tanpa iklan mengimbangi keperluan pengawal selia Eropah sambil memberi pilihan kepada pengguna serta membenarkan Meta untuk terus berkhidmat kepada semua pihak di EU, EEA dan Switzerland,” kata Meta.

Pengguna akan diberi pilihan sama ada untuk terus menggunakan platform secara percuma di mana data mereka dikumpul, atau membayar untuk mengelak daripada iklan yang disasarkan.

Perkhidmatan itu akan mengenakan bayaran tambahan €3 (RM15) sebulan jika digunakan pada peranti iOS atau Android selepas mengambil kira yuran tambahan yang diambil oleh platform tersebut.

Sumber: The Reporter