Geran Khas PRIHATIN | Permohonan & Semakan Geran Khas PRIHATIN | Mohon Sekarang

GERAN KHAS PRIHATIN UNTUK PKS 

Wabak
Covid-19 yang melanda negara disusuli dengan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) sudah semestinya menjejaskan ekonomi masyarakat dan
negara. Semua aktiviti dagangan terhenti dan tiada aliran tunai buat
peniaga-peniaga.
 

Bagi meringkan beban khususnya pemilik Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia, kerajaan amat bertimbang
rasa dan mengambil berat  keadaan golongan ini dengan menyediakan Geran
Khas Prihatin (GPK).

Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah
diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) pada 6 April yang lalu.
 

GKP
yang akan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDNM) telah mensasarkan lebih 700 000 PKS mikro di seluruh Malaysia
yang akan menikmati manfaat ini.
 

Dengan peruntukan kesuluruhan
berjumlah RM2.1 bilion, Geran Khas Prihatin ini diharap dapat membantu
meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS
mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.
 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Pemohon perlulah berstatus warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah mereka yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
      – Jumlah pekerja kurang daripada lima (5) orang iaitu tidak termasuk pemilik
  • Mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
  • Masih lagi aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Bagi yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi
tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN
dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan
online semasa memohon. 

CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN

Sekiranya anda menepati semua syarat-syarat yang ditetapkan di atas,
anda boleh langkah seterusnya iaitu permohonan secara online.

Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja menerusi pautan yang disediakan LHDNM. Berikut merupakan pautan yang disediakan oleh LHDNM.


BORANG PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN

TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN

TARIKH DIBUKA : 1 MEI 2020

TARIKH DITUTUP: 15 MEI 2020

KADAR BAYARAN GKP YANG DIBERIKAN

One Off : RM 3,000 sahaja

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN GKP

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan permohonan GKP anda bermula pada minggu pertama Jun 2020.

Pemohon yang diterima permohonannya akan menerima bayaran dijangka pada bulan Jun 2020.
Semakan status permohonan anda boleh dibuat melalui pautan yang disediakan berikut:

SEMAKAN KEPUTUSAN GERAN KHAS PRIHATIN

MAKLUMAT LANJUT TENTANG GERAN KHAS PRIHATIN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapat maklumat lanjut tentang Geran Khas Prihatin, anda boleh merujuk soalan lazim atau layari laman web rasmi LHDNM atau hubungi talian hotline di pautan yang berikut.