KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak meletakkan harapan agar pengeluaran i-Citra dapat dinaikkan daripada
RM5000 ke RM10,000 untuk membantu rakyat keluar daripada masalah ekonomi
pada pandemik ini.
Beliau semasa rancak membahaskan Bajet 2022 berkata, rakyat
Malaysia umumnya ingin menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan hutang
dan memulakan perniagaan kecil ekoran ramai yang terkesan akibat wabak
Covid-19 ini.
“Saya lihat ramai yang bersuara dan merayu, sebenarnya mereka
mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau pun berniat untuk mengumpul
modal untuk memulakan perniagaan kecil mereka. Mereka bukan suka-suka nak
keluarkan caruman mereka.”
“Justeru, saya amat berharap saya amat berharap had maksimum
i-Citra dinaikkan ke RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir
kerana ini amat dituntut oleh rakyat.
“Sesungguhnya ini tidak boleh disifatkan sebagai langkah populis,
tetapi berpunca dari keperluan mendesak rakyat,” katanya di Dewan Rakyat,
hari ini.
Sebagai mengimbangi pengeluaran itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan
berkata, beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu KWSP
sendiri.
berkata, beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu KWSP
sendiri.
“Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan simpanan rakyat dalam
KWSP. Seperti yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan Bajet tahun
lepas, ini boleh dilakukan, terdapat tiga cara iaitu pasca Covid-19,
kerajaan boleh bantu KWSP meraih pendapatan lebih dengan memberi projek
lebih lumayan kepada KWSP, contohnya sebelum ini, projek KWASA Land atas
tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek di United Kingdom serta pemilikan
49 peratus di dalam syarikat PLUS,” katanya.

Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”
Ya setuju