i-Sinar KWSP: Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Januari 2021 (Kategori 1)

Spread the love

Semakan i-Sinar



Permohonan i-Sinar
telah pun dibuka pada 21 Disember 2020 yang lalu. Akan tetapi, permohonan
baharu tersebut hanya dibuka bagi mereka yang berada didalam kelompok
kategori 1 sahaja.

Untuk kategori 2 pula, permohonan akan dibuka pada 11 Januari 2021 selama 6
bulan.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
semakan status permohonan boleh mula dibuat pada 4 Januari 2021.


Semakan tersebut akan membolehkan para pemohon mengetahui sama ada
permohonan diluluskan oleh pihak KWSP atau tidak.

Bermula 4 Januari 2021, semakan status boleh mula dibuat pada laman web
isinar.kwsp.gov.my

kwsp kategori 1

Cara Semakan Status i-Sinar KWSP


Cara semakan adalah seperti berikut:
● Layari
isinar.kwsp.gov.my
● Masukkan maklumat anda seperti nama dan juga nombor telefon yang telah
didaftarkan.
● Klik semak.

Status permohonan anda akan dipaparkan.


Jika anda berjaya,pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat
permohonan akan dikreditkan bermula 11 Januari 2021.

Jika anda tidak berjaya, sama-sama kita tunggu jika pihak
KWSP
menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan.