info eKasih: Panduan Pendaftaran Permohonan Baharu & Semakan eKasih Online 2021

Spread the love


Sistem eKasih



Sistem eKasih adalah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang
diwujudkan diperingkat kebangsaan untuk merancang, melaksana dan memantau
program kemiskinan oleh Unit ICU daripada Jabatan Perdana Menteri.


Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih

Mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu,
program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi
Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan
bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.


Manakala Komponen Data eKasih pula terdiri daripada maklumat asas Ketua
Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,
Pendidikan, Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Data e-Kasih digunakan oleh kementerian / agensi yang memberi bantuan
melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan eKasih :
● Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan
(PGK) semasa.
● Warganegara Malaysia

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah
isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)
sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK semasa yang digunakan
adalah PGK 2016. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang
RM1500 sebulan (Bandar) atau RM1000 sebulan (Luar Bandar) layak dan
digalakkan untuk memohon.

4 Punca Pendapatan Utama Adalah Seperti Berikut :

● Pekerjaan bergaji
● Bekerja sendiri.
● Pendapatan daripada harta dan pelaburan.
● Pindahan semasa diterima.

Nota : Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima
pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada
pelbagai punca.

Pendaftaran Baru eKasih


Terdapat 2 cara untuk mendaftar iaitu :

● Rujuk Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
● Melalui email rasmi, surat atau telefon atau mendaftar dan membuat
laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),
Pemimpin Tempatan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

image
Perjalanan Proses Pendaftaran

image

4 Status Daftar eKasih


Disahkan : Telah dibanci
Disemak : Dalam proses banci
Ditolak : Tidak layak dibanci
Baru / Daftar Terbuka : Permohonan baru

Semakan eKasih


Setelah anda membuat permohonan dan jika anda ingin membuat semakan
anda boleh ke pautan berikut :

Kemudian anda hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan “Klik Untuk
Cari”

image

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pendaftaran dan
semakan mengenai eKasih, anda boleh layari pautan berikut

● eKasih

Semoga perkongsian ini membantu anda berjaya mendaftar dengan betul dan
dapat membuat semakan eKasih.