Kepada majikan yang mahu memohon Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 yang terdiri
daripada Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI),
permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 sudah dibuka.Untuk pengetahuan
semua, Program Subsidi Upah, yang mana diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) adalah salah satu inisiatif bantuan kewangan yang akan
dibayar kepada majikan bagi setiap perusahaan bagi pekerja tempatan yang
bergaji RM4,000 dan ke bawah.
yang telah terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik COVID-19. Oleh itu,
kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu para majikan dengan membuat
Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 ini agar para majikan dapat meneruskan
operasi dan mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan.
PSU 1.0 di dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin RAKYAT iaitu PRIHATIN dan
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Manakala, Program Subsidi Upah
2.0 pulah telah dilaksanakan melalui pakej KITA PRIHATIN.
PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0
Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku
Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020.
Kerajaan
telah mengumumkan bahawa akan ada penambahbaikan PSU 3.0 PERMAI untuk lebih
membantu majikan yang amat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP
mulai 19 Januari 2021.
terlibat dalam program ini hanya terdiri daripada dua sektor sahaja iaitu
sektor pelancongan dan sektor peruncintan sahaja.
Namun, Program
Subsidi Upah 3.0 PERMAI ini pula lebih menyeluruh kepada semua sektor
ekonomi yang terkesan dengan pelaksanaan PKP.
bulan sahaja bagi majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 19 Januari
2021.
Untuk tarikh akhir bagi permohonan Program Subsidi Upah 3.0
PERMAI pula adalah pada 30 Jun 2021.
PERMAI adalah seperti berikut:
JUMLAH PEMBAYARAN
pekerja.
Jumlah ini adalah bersamaan dengan PSU 3.0 yang
diumumkan di dalam Belanjawan 2021.
seperti berikut:
-
Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO
sebelum 1 Januari 2021. -
Majika tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari
2021. -
Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah
jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang
sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP. -
Tuntutan mestilah bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah
sahaja. -
Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan
dibenarkan mengurangkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas
berunding dengan pekerja terbabit. -
Permohonan bagi PSU 3.0 PERMAI hanya layak untuk perniagaan di negeri
yang dilaksanakan PKP sahaja.
SENARAI YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PSU 3.0 PERMAI
Terdapat beberapa senarai majikan dan pekerja yang tidak layak
sama sekali untuk memohon PSU 3.0 PERMAI iaitu:
-
Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO
sebelum 1 Januari 2021. -
Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain
pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021. -
Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam
Negeri. - Majikan yang bukan beroperasi dalam negeri PKP.
- Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000.
- Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
-
Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring
Incentive). -
Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua
badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan). - Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).
-
Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan
diluluskan oleh PERKESO.
Cara Untuk Membuat Permohonan
berikut:
-
Layari laman web
https://prihatin.perkeso.gov.my/. - Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
- Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’
-
Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman
Seterusnya.’ - Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
- Muat naik dokumen sokongan
- Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’
seperti berikut:
- Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
-
Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank
sahaja). -
Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh
majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No
BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang
kesulitan). - Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
- Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number
(BRN)?
BRN adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang
didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
Apakah maksud borang Akuan Pengisytiharan PSU3.0?
Akuan Pengisytiharan PSU3.0 adalah suatu dokumen pengesahan dan aku
janji secara bertulis yang menyatakan bahawa majikan mengesah atau
mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan
betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0.
Apakah maksud/tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang
dimaksudkan bagi permohonan PSU ini?
Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Semua pembayaran berbentuk
wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji seperti gaji pokok/kerja lebih
masa/komisen/bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat,
kelepasan am dan sebagainya/elaun-
elaun insentif, kelakuan baik, sara
hidup dan sebagainya/caj
perkhidmatan (service charge).
Adakah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2021 tetapi tidak
berdaftar dengan PERKESO memohon PSU 3.0?
Tidak. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan PSU
mestilah berdaftar dengan PERKESO serta SSM, PBT atau lain-lain badan
professional sebelum 1 Januari 2021 dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang
pekerja.
Adakah majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP setelah menerima
bantuan PSU?
Ya. Majikan hendaklah membayar caruman sepertimana yang telah
disyaratkan di bawah Akta 4 dan Akta 800.
Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan PSU 3.0
telah diterima, diluluskan, atau ditolak?
Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap
telah diisi di laman sesawang dan boleh menyemak status permohonan
menggunakan No. Rujukan yang diberikan. Senarai nama majikan yang diluluskan
permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO
https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang
diluluskan.
Adakah majikan dibenarkan untuk menggunakan sebahagian daripada jumlah
bantuan PSU yang telah diterima untuk membayar caruman PERKESO dan SIP
bagi pihak majikan?
Tidak. Majikan tidak boleh menggunakan sebahagian bayaran PSU dan PSU
3.0 bagi tujuan syer caruman PERKESO dan SIP majikan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 3.0 PERMAI, sila hubungi
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.
Syraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”