info TEDUH: Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Bagi Golongan B40 & M40

Spread the love



Permohonan Online Rumah Mamu Milik Bagi Golongan B40 Tahun 2021. Adakah anda
berhasrat untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan? Berita
baik bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memiliki
rumah pertama
sendiri.


Untuk makluman anda, Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menyediakan
sebuah portal online iaitu TEDUH yang memudahkan rakyat Malaysia menyemak
atau mencari rumah yang bakal mereka beli atau sewa.

Portal
TEDUH
ini bakal memaparkan beberapa skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan
iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat
(PPR), PR1MA, PPAM dan Rumah Transit.

Fungsi laman web TEDUH adalah portal utama yang akan memaparkan maklumat
penuh projek-projek serta program-program
perumahan
awam dan swasta di Malaysia.

Permohonan Online Rumah Mamu Milik Bagi Golongan B40 Tahun 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Skim Perumahan di Malaysia termasuk
memaparkan syarat kelayakan, senarai program perumahan dan cara
permohonan:

Cara Pendaftaran Rumah PPR, MYHOME, PR1MA Dan Rumah Transit Online


Langkah 1. Daftar Akaun

1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman
sesawang di 
https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.

2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik
butang daftar.

image

Langkah 2. Buat Pengesahan

1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN
MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.

2.
Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah
untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.

3.
Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’
adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan.

Langkah 3. Log Masuk


Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada
ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.

Langkah 4. Pilih Skim Perumahan



1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan
yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.

2. Sila baca syarat dan
kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat
maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan
pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.

Langkah 5. Maklumat Pemohon

1. Klik pautan maklumat pemohon.

2. Masukkan maklumat
pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori
hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.

Langkah 6. Pilih Projek

Klik pautan Projek untuk memohon projek.

Langkah 7. Dokumen Sokongan

Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan
permohonan.

Langkah 8. Pengesahan

Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.

Senarai
Program Perumahan & Syarat Kelayakan Permohonan

image

A. Program Perumahan Rakyat (PPR)

Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program
kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat
kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program perumahan ini
terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah
PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia
manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

B. Skim Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara
sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18
tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250
sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.

C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome
menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para
pembeli rumah dan pemaju swasta.

SENARAI%2BPROJEK%2BPPR%2B%25281%2529

Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

MyHome Tel:
03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062

PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 /
4384

Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Tel:
03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: [email protected]

Semoga
perkongsian Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Untuk Golongan B40/ M40 ini
dijadikan panduan buat anda semua!