Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4

Jadual STR 2025 – Kerajaan telahpun menyalurkan STR Fasa 1 baru-baru ini, 22 Januari 2025 secara berperingkat.

Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion untuk 8.3 juta penerima yang layak seluruh Malaysia.

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlulah tahu Jadual STR 2025 bagi memudahkan anda melakukan perancangan perbelanjaan anda menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda. Pemberian bantuan kewangan ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut kami kongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini untuk makluman bersama.

jadual str 2025 4 1024x1024 1
Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4 12

Jadual STR 2025 – STR Fasa 1

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 bagi Fasa 1 adalah pada 22 JANUARI 2025.

Berikut dikongsikan SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN PEMBAYARAN FASA 1 UNTUK PENERIMA STR 2025 YANG DISALURKAN MULAI 22 JANUARI 2025.

Jadual STR 2025 1 696x1024 1
Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4 13
Jadual STR 2025 2 706x1024 1
Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4 14

Kaedah Bayaran STR

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Jadual STR 2025

TERKINI : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2025 akan dibayar mulai 22 Januari 2025 (Rabu) secara berperingkat, seperti berikut:

Jenis PenerimaTarikh PembayaranKaedah Pembayaran
Mempunyai akaun bank22-28 Januari 2025Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)Mulai 22 Januari 2025Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
JADUAL STR 2025 1 1 3
Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4 15
jadual str 2025 5

Jumlah Bayaran STR Fasa 1

Berikut dikongsikan jadual STR 2025 untuk pembayaran mengikut setiap kategori:

Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah

Bilangan AnakKadar Bayaran STR 2025
5 orang anak dan lebihRM2,500
3 hingga 4 orang anakRM2,000
1 hingga 2 orang anakRM1,500
Tiada anakRM1,000

Isi Rumah Pendapatan RM2501 – RM5000

Bilangan AnakKadar Bayaran STR 2025
5 orang anak dan lebihRM1,250
3 hingga 4 orang anakRM1,000
1 hingga 2 orang anakRM750
Tiada anakRM500

Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5000 dan Kebawah

  • RM6000

Bujang Berpendapatan RM2500 dan Kebawah

  • RM6000
Jadual STR 2025 3

Cara Semakan STR Fasa 1

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan
str fasa 3 2024
str fasa 3 semakan
str fasa 3 semakan 1
Sumber: Facebook rasmi Malaysia MADANI

Semakan STR Fasa 1 boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Tarikh Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4

Tarikh jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

Maklumat lanjut

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  • Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

SOALAN LAZIM : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2025.pdf

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.