JAKIM : Jadual Waktu Imsak & Jadual Waktu Berbuka Puasa Untuk Seluruh Negeri Dalam Malaysia Bagi Tahun 2025M / 1446H
Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu juga disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.
Baca Juga: JAKIM: Niat Puasa Ramadan – Lafaz Niat Sebulan Dan Juga Niat Harian
Table of Contents
Jadual Waktu Imsak & Waktu Berbuka Puasa
Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa pada bulan Ramadan tahun ini dapat memudahkan umat Islam di Malaysia membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.
Jangan lupa pastikan ketepatan waktu jam tangan / jam dinding di rumah anda dengan merujuk kepada Waktu Standard Malaysia (Lihat penerangan dan cara semakan di bawah).
Semak Ketepatan Untuk Waktu Berbuka Puasa
Untuk memastikan anda berbuka dan bersahur dengan waktu yang tepat, sila buat semakan mengikut Waktu Standard Malaysia.
Waktu standard ini ditetapkan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (National Metrology Institute of Malaysia) iaitu sebuah agensi di bawah SIRIM.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengajak orang ramai untuk membuat semakan dan mengemaskini ketetapan jam di premis masing-masing, khususnya di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan serta seluruh Malaysia.
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web Malaysian Standard Time (MST SIRIM), selaras dengan Waktu Standard Malaysia.
Caranya:
- Pergi ke laman web MST SIRIM di pautan https://mst.sirim.my/
- Waktu Standard Malaysia (MST) akan dipaparkan.
- Laraskan jam anda mengikut waktu standard tersebut.
NMIM mempunyai peranan penting di dalam menyebarkan kebolehberkesanan pengukuran ke seluruh Malaysia berasaskan kepada Unit Sistem Antarabangsa. Tanggungjawab ini adalah besar bagi memastikan bahawa infrastruktur pengukuran negara mematuhi dan bersesuaian dengan pengukuran global.
Berikut dikongsikan jadual waktu buka puasa dan imsak bagi setiap negeri dalam jadual berikut:
Waktu Imsak & Waktu Berbuka Puasa Setiap Negeri Di Malaysia 2025 / 1446H
Sila rujuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi setiap negeri di Malaysia bagi tahun 2025 di sini :
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Pahang
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Johor
- Kelantan
- Terengganu
- Sabah
- Sarawak
- Wilayah Persekutuan Labuan
Anda boleh muat turun Jadual Waktu Imsak Dan Buka Puasa Tahun 1446 H / 2025 M di Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/4606-jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-1446h-2025m
Sumber : https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/

Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”