Jangan Terburu-buru! Tahukah Anda Bahawa Permohonan i-Sinar Dibuka Selama 6 Bulan

Spread the love




Untuk pengetahuan anda, permohonan skim i-Sinar bagi kategori 1 telahpun
bermula pada 21 Disember 2020 yang lalu manakala bagi permohonan kategori 2
pula , ianya akan dibuka pada 11 Januari 2021 akan datang.



TEMPOH PERMOHONAN i-SINAR



Kepada ahli yang belum melakukan permohonan, anda dinasihatkan agar tidak
tergesa-gesa untuk mengisi permohonan i-Sinar tersebut kerana permohonan
i-Sinar dibuka selama;

● 6 Bulan

Pihak KWSP telah menguar-uarkan bahawa permohoan i-Sinar ini akan dibuka
sehingga 30 Jun 2021. Oleh yang demikian, anda tidak perlulah terburu-buru
kerana anda mempunyai banyak masa untuk meneliti skim i-Sinar. Hal ini
kerana bagi mengelakkan pemohon melakukan kesilapan semasa membuat
permohonan.


FB IMG 1608606219802

SYARAT KELAYAKAN i-SINAR KATEGORI 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang
bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama
tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis
cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi kategori 1 satu adalah;

● Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan
berturut-turut semasa permohonan ATAU
● Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok
sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020

SEMAKAN PERMOHONAN


Kepada ahli yang telah membuat permohonan pada 21 Disember, anda boleh
membuat semakan pada 4 Januari depan dan seterusnya.

TALIAN HOTLINE

KWSP juga telah membuka talian HOTLINE kepada pemohon yang ingin
bertanyakan soalan.

Untuk pengetahuan anda, permohonan i-Sinar
hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Anda tidak perlu pergi ke
pejabat KWSP untuk memohon, harap maklum.

FB IMG 1608606461900