APA ITU RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) 2022
Tahukah anda, walaupun anda bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda kini mampu
untuk memiliki rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau
SJKP.
untuk memiliki rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau
SJKP.
Para pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan seperti
bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu
teksi dan pekerja am juga masih mempunyai peluang untuk memiliki rumah
pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP ini.
bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu
teksi dan pekerja am juga masih mempunyai peluang untuk memiliki rumah
pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP ini.
Baru-baru ini, pihak Bank Muamalat telah memulakan skim Smart Mortgage-SJKP
melalui suntikan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan pertama yang akan
menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.
melalui suntikan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan pertama yang akan
menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.
TENTANG SJKP 2022
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) ialah syarikat milik
penuh dibawah Menteri Kewangan yang telah diperbadankan pada 6 Disember 2007
yang lalu.
penuh dibawah Menteri Kewangan yang telah diperbadankan pada 6 Disember 2007
yang lalu.
Objektif penubuhan SJKP Berhad ini adalah untuk menangani masalah kesulitan
yang dialami oleh golongan yang tidak memiliki pendapatan yang tetap seperti
petani dan para peniaga kecil untuk mendapatkan kemudahan kewangan dengan
tujuan membeli rumah untuk mereka diami.
yang dialami oleh golongan yang tidak memiliki pendapatan yang tetap seperti
petani dan para peniaga kecil untuk mendapatkan kemudahan kewangan dengan
tujuan membeli rumah untuk mereka diami.
Untuk makluman, skim ini dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang
berumur 18 tahun dan keatas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti
bank konvensional biasa iaitu sebanyak 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun,
mana-mana yang terdahulu.
berumur 18 tahun dan keatas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti
bank konvensional biasa iaitu sebanyak 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun,
mana-mana yang terdahulu.
CARA MEMOHON
Untuk info, proses pemohonan/ pendaftaran skim perumahan SJKP adalah
seperti yang dinyatakan dibawah:
seperti yang dinyatakan dibawah:
-
Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen sokongan
berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran
tempahan. -
Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan
(Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat
tersebut hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber
pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh
berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami
dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan
bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. -
Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun
simpanan. Lesen perniagaan, Kad pendaftaran nelayan atau geran tanah
(untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual
beli. -
Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan
perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang
terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Antara institusi kewangan yang terlibat adalah:
- Affin Bank
- Affin Islamic
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank Group
- AmIslamic Bank
- Bank Islam
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
- Bank Muamalat
PERINGATAN: Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan
institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan
secara terus ke pejabat SJKP Berhad.
institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan
secara terus ke pejabat SJKP Berhad.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
-
Berpendapatan tidak tetap seperti para peniaga kecil, petani, pemandu
teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0
juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan. -
Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu
milik dan untuk didiami. -
Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau
lelongan. - Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
-
Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20KM daripada cawangan institusi
kewangan tempat permohonan dilakukan. -
Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan
kasar. - Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) hanya sah untuk pembelian rumah kos
rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia
ada daripada penjual atau lelongan.
SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas
tanah sendiri.
tanah sendiri.
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”