Mohon Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021, Baca Cara Untuk Memohon!


JOM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI 2021 BANTUAN RM60,000 UNTUK ANDA



Skim Pinjaman Perumahan bagi golongan yang mempunyai pendapatan rendah.
Ianya bertujuan untuk membantu mereka khususnya yang berpendapatan rendah
untuk memiliki rumah pertama idaman anda.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

  • Berumur 21 hingga 71 tahun.
  • Bukan pesara kerajaan atau kakitangan kerajaan.
  • Pemohon & pasangan merupakan warganegara Malaysia sahaja.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
  • Belum mempunyai rumah.
  • Memiliki tanah sendiri atau hak milik ahli keluarga sendiri.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000
    sebulan.

SYARAT PINJAMAN

Syarat pinjaman yang perlu anda patuhi sebelum melakukan permohonan adalah
seperti yang berikut:

  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35-70 tahun.
  • Had maksimum pinjaman sebanyak RM60,000 (tidak termasuk perlindungan
    insurans.
  • Perlu mengambil Perlindungan Insurans daripada Panel Insuran.
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.

__________________________________________________________________________

SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA

  • Mempunyai pendapatan menimum sebanyak RM1,000 dan bukan daripada
    kakitangan kerajaan.
  • Perlidnungan insurans hanya disediakan untuk generasi kedua
    sahaja.
  • Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45-70 tahun
    dengan syarat bahawa penama kedua tersebut berumur 21-35 tahun.
  • Generasi yang kedua hendaklah merupakan anak kandung kepada
    pemohon.

SYARAT CAGARAN TANAH

  • Mestilah mempunyai kebenaran bertulis daripada pemilik tanah untuk
    mencagar tanah milik pinjaman atau tanak milik keluarga yang
    terdekat.
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian daripada pihak Jabatan Penilaian
    & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah
    yang telah dipinjam.
  • Untuk tanah milikan secara pajakan, anda mestilah mematuhi syarat
    yang berikut:
  • Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuassa Negeri untuk mencagar
    tanah.
  • Baki tempoh pajakan yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40
    tahun.


SYARAT PEMBINAAN RUMAH

  • Perlulah menggunakan pelan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan
    Perumahan Negara sahaja dan adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan
    pelan rumah sendiri.
  • Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700-1000 kaki persegi yang
    dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan juga ruang
    tamu.
  • Kontraktor perlulah orang tempatan mengikut kawasan ADUN.
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa
    Tempatan (PBT) sekiranya diperlukan.
  • Mempunyai perakuan CIDB yang masih sah atau pendaftaran
    syarikat.
  • Kontraktor memiliki pengalaman dan pengkhususan kerja dalam bidang
    pembinaan.
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan
    yang telah ditetapkan iaitu RM5,000.


CARA MEMOHON

Jangan lupa untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap dan hantar
ke alamat yang yang tertera pada muka muka depan borang permohonan
tersebut.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan
DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan yang ingin diajukan berkaitan
dengan bantuan perumahan ini, anda boleh menghubungi:

Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51
Persiapan Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
Tel: 03-8000
8000
Faks: 03-8891 4269
Emel: [email protected]

Kredit: Mkerjaya