MyLesen : Pendaftaran Bantuan Lesen Memandu 2023

MyLesen : Pendaftaran Bantuan Lesen Memandu bagi tahun 2023.Program ini membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara disasarkan akan dapat menyertai program ini.

Sila ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan bantuan Program MyLesen untuk B40. Semoga bermanfaat.

Bantuan Lesen Memandu MyLesen

Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Bantuan Lesen Memandu 2023
MyLesen : Pendaftaran Bantuan Lesen Memandu 2023 7

Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.

Topi Keledar Percuma

Untuk membantu keluarga yang memerlukan, sebanyak 100 ribu topi keledar, termasuk yang sesuai untuk kanak-kanak, akan disediakan secara percuma. Topi keledar ini akan diedarkan kepada mereka yang layak menerima bantuan ini.

Ini pastinya akan membantu untuk meringankan beban rakyat terutamanya mereka golongan susah.

Program MyLesen B2 2023

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan & mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
  • Tanggungan kepada penerima layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

Muat Turun Borang Bantuan Lesen 2023

Borang Bantuan Lesen Memandu 2023
MyLesen : Pendaftaran Bantuan Lesen Memandu 2023 8
Borang Bantuan Lesen Memandu 2023
MyLesen : Pendaftaran Bantuan Lesen Memandu 2023 9

HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :

  • 06-251 4049 / 06 – 251 4050
  • 9.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Bahagian Pelesenan Melaka
Bantuan Lesen Memandu 2023
MyLesen : Pendaftaran Bantuan Lesen Memandu 2023 10

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

JPJ Negeri Melaka telah dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam memerangi rasuah.

Layari Laman Media Sosial Rasmi JPJ Untuk Info Terkini

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Twitter: JPJ_Malaysia

Instagram: JPJMalaysia

Youtube: JPJMalaysia

Telegram: JPJ_Malaysia

Facebook Page: Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka

Mohon juga :