Sebelum melanjutkan pelajaran atau berkhidmat bersama MARA, calon perlu untuk menjalani ujian psikometrik melalui laman MyPersonaliti MARA.
Saban tahun memang ramai calon yang memohon untuk meneruskan pelajaran mahupun yang ingin menabur khidmat bersama MARA. Oleh yang demikian, ujian psikometrik telah digunakan sebagai medium tapisan calon yang betul-betul menepati syarat.
MARA menggunakan alternatif platform MyPersonaliti ini untuk melakukan tapisan calon yang memohon kerja bersama MARA dan bagi mereka peminjam pinjaman pelajaran MARA.
Tengah Trending: Bantuan RM200 Dalam MyKad Setiap Bulan
Objektif MyPersonaliti MARA
MyPersonaliti MARA adalah sebuah portal dalam talian yang telah didirikan oleh pihak MARA dengan objektif untuk melakukan ujian psikometrik secara dalam talian kepada calon.
Dengan menerusi alternatif ini, calon yang disenarai pendek tidak lagi perlu menghadirkan diri secara bersemuka hanya utuk menjawab ujian psikometrik.
Umum diketahui bahawa ujian ini hanyalah situasi dimana kebolehan intelektual dan keperibadian calon diuji dengan menilai perkara positif dan negatif terhadap perkara umum.
Walau bagaimanapun, objektif sebenar ujian psikometrik adalah sebagai alat untuk menilai sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran dan personaliti seseorang calon itu.
Ujian psikometrik ini juga banyak diwajibkan dalam proses permohnan kerja kosong dan hasil keputusan daripada ujian psikometrik inilah yang akan menentukan sama ada seseorang calon itu sesuai atau tidak.
Cara daftar di MyPersonaliti MARA
Calon yang dikehendaki untuk menjawab ujian psikometrik ini akan menerima emel jemputan daripada pihak MARA terlebih dahulu.
Disertakan bersama-sama emel jemputan tersebut adalah butiran yang berkaitan seperti jawatan yang dipohon, tarikh serta waktu ujian dijalankan.
Anda juga akan menerima butiran daftar dan log masuk ke akaun MyPersonaliti MARA melalui emel.
Cara Log Masuk
Berikut merupakan langkah-langkah untuk log masuk ke akaun anda bagi menjawab soala ujian psikometrik:
- Layari portal MyPersonaliti MARA di alamat https://mypersonaliti.mara.gov.my/
Format Soalan
Tiada format tetap bagi ujian psikometrik yang dijalankan melalui laman MyPersonaliti MARA.
Namun, kebiasaannya soalan berbentuk objektif akan diberikan di mana calon akan diminta untuk memilih satu jawapan daripada senarai jawapan yang diberikan.
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”