Perlindungan takaful MySalam 2025 adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk mereka yang kurang berkemampuan.
untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
Bagaimanakah semakan kelayakan MySalam? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
Baca Juga: Bantuan eWallet RM200: Semak Kelayakan Layak Atau Tidak
Isi Kandungan
MySalam 2025
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Kadar Bantuan MySalam 2025
Antara manfaat MySalam adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari RM700.
Syarat Layak MySalam 2025
Penerima MySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Semakan MySalam 2025
Ikuti panduan semakan kelayakan sebagai penerima MySalam seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan [Semak Kelayakan]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik [Semak].
- Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
- “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
- Selesai.

Tuntutan MySalam 2025 Untuk Penyakit Kritikal
Bagi yang didiagnos salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal, boleh membuat tuntutan MySalam seperti berikut ;
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
Tuntutan MySalam 2025 Untuk Hospitalisasi
Bagi tuntutan MySalam untuk kemasukan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti atau hospital tentera RM50 sehari sehingga maksimum 14 hari, ikuti cara tuntutan berikut :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.

Rujukan
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- E-mel : [email protected]; atau
- Hubungi talian MySalam : 1 300 888 938
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini, SemakanKerjaya tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah dikongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/

Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”