Nasional: Cara Mohon Rumah Sewa PPR RM124 Sebulan Untuk Golongan B40 Bagi Tahun2022

Spread the love

Blog%20telegram

Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2022, anda boleh untuk
memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit.
Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan
Perumahan Negara.



TEDUH merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan
fungsi carian berkenaan projek-projek dan program-program perumahan awam dan
swasta di Malaysia.

Salah satu modul dalam portal TEDUH ialah Sistem Pengerusan Perumahan
Negara atau SPRN yang berfungsi sebagai pintu ‘one-stop centre’ bagi rakyat
Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan
Perumahan Negara KPKT.

Kami di SemakanKerjaya akan kongsikan kepada anda maklumat tentang
permohonan rumah ini.


Pendaftaran Atas Talian SPRN

1) Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan
https://sprn.kpkt.gov.my/
2) Klik “Daftar Akaun”
3) Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang
digunakan.
4) Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan.

sprn%2Bteduh%2B2