Panduan Daftar MySPP 2024 : Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

MySPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam

perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Tanggungjawab SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :

  1. Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  2. Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
  3. Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  4. Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  5. Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
  6. Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.
Banner Semakan Kerjaya 3
Panduan Daftar MySPP 2024 : Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 9

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Cara Daftar MySPP 2.0 (Versi Baru 2024)

Untuk mendaftar SPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah berikut:

1. Pendaftaran Baharu

photo 2024 05 27 19 34 54
Panduan Daftar MySPP 2024 : Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 10
  • Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’

2. Isi Maklumat

  • Pastikan semua medan bertanda * diisi.
  • Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
  • Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.
  • Skrin Maklumat Pra Pendaftaran Baru Pemohon dipaparkan:
photo 2024 05 27 19 34 56
Panduan Daftar MySPP 2024 : Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 11
  • Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor Kad Pengenalan dan Nama mestilah sama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan.
  • Alamat E-mel yang dimasukkan mestilah akaun emel yang sah dan aktif dan belum pernah digunakan bagi pendaftaran mySPP.

3. Klik Hantar

  • Setelah selesai memasukkan semua medan, klik butang Hantar.

4. Pengaktifan Akaun

  • Penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
  • Sila semak semula medan-medan berkaitan sekiranya ralat berikut dipaparkan:
photo 2024 05 27 19 34 59
Panduan Daftar MySPP 2024 : Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 12

5. Log Masuk

  • Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Setelah anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.
  • Jadi, kena sentiasa alert jika ada sebarang pengumuman / hebahan jawatan ya!
photo 2024 05 27 19 36 18
Panduan Daftar MySPP 2024 : Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 13
  • Rujuk panduan penuh dalam manual berikut:
  • Panduan Pengguna mySPP 2.0 (Versi Baharu 2023) :
  • Panduan Pengguna MySPP 2.0 [DOWNLOAD] 

Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan MySPP Online

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP.

Pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.

Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk Portal MySPP
  2. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  3. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  4. Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.
  5. Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.
  6. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
  7. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
  8. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  9. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
  10. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.
photo 2024 05 27 19 53 17
Panduan Daftar MySPP 2024 : Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 14

MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA MYSPP

Panduan lanjut, sila rujuk manual pengguna mySPP berikut:

Manual Pengguna PDF [DOWNLOAD]

Cara Membuat Semakan Status Permohonan

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php

Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.

Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

  • Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
  • Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian.

*Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Semakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dengan pelantikan COS boleh dibuat melalui pautan berikut : https://www.spp.gov.my

Soalan Lazim Cara Daftar MySPP

SILA RUJUK SOALAN LAZIM (FAQ) MYSPP BERIKUT:
faq-mySPPDownload (https://ecentral.my/wp-content/uploads/2022/01/faq-mySPP.pdf)

1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;
  • Penyelia Asrama Gred N19;
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
  • Pembantu Makmal Gred C19;
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
  • Pembantu Operasi Gred N11; dan
  • Pemandu Kenderaan Gred H11

2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my

3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan?

SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.

SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi MySPP.

Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.

Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.

5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?

Ya.

Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi

SOALAN LAZIM : https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php?pages=faq

Infografik : https://myspp.spp.gov.my/myspp/upload_doc/pendaftaran.pdf

Talian Hotline mySPP :

Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.