Khas untuk rakyat di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri menyediakan satu
inisiatif untuk membantu rakyat di Negeri Sembilan bagi memiliki rumah di atas
tanah sendiri iaitu Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan.
Pelaksanaan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan merupakan sebahagian
daripada inisiatif yang telah diumumklan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan
iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun dalam Belanjawan 2021 Negeri
Sembilan.
daripada inisiatif yang telah diumumklan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan
iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun dalam Belanjawan 2021 Negeri
Sembilan.
Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan
Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan adalah inisiatif yang diperkenalkan
oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021.
oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021.
Ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga
miskin yang tidak memiliki rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina
rumah.
miskin yang tidak memiliki rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina
rumah.
Konsep program ini adalah pembiayaan pembinaan rumah bernilai RM60,000
seunit dan akan dibayar balik oleh pemohon dalam bentuk pinjaman tanpa
faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau 25 tahun.
seunit dan akan dibayar balik oleh pemohon dalam bentuk pinjaman tanpa
faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau 25 tahun.
Program pembiayaan Rumah Harapan Rakyat ini terhad kepada 70 unit sahaja
dan permohonan dibuka sehingga 6 September 2021.
dan permohonan dibuka sehingga 6 September 2021.
Kos Rumah & Kadar Bayaran Setiap Bulan
Melalui program ini, kos pembinaan rumah adalah RM60,000 seunit.
Setelah rumah siap, pemohon akan membayar semula kos tersebut dalam bentuk
pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau 25
tahun.
pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau 25
tahun.
Dan kadar bayaran yang ditetapkan setiap bulan adalah serendah RM200.
Syarat-Syarat Permohonan
Berikut dikongsikan syarat untuk memohon Rumah Harapan Rakyat Negeri
Sembilan:
Sembilan:
-
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur 21 hingga 50
tahun -
Pemohon sama ada bujang atau berkahwin. Jika sudah berkahwin, pasangan
juga hendaklah Warganegara Malaysia - Pendapatan bulan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
-
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang
didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami -
Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh sahaja), dan bersesuaian bagi
pembinaan rumah serta bebas daripada gadaian/bebanan - Keluasan minimum tanah tidak kurang 2,500 kaki persegi
-
Tanah untuk tapak pembinaan mestilah dalam keadaan sedia untuk
pembinaan. Bentuk muka bumi yang rata serta bebas daripada sebarang
halangan dan tumbuhan liar. -
Keutamaan diberi kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin
yang berdaftar dalam sistem eKasih
Cara Membuat Permohonan
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:
- Buka laman web Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) di http://www.pknns.gov.my/index.php/component/content/article/9-uncategorised/355-program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan
- Klik pada bahagian borang dan muat turun.
- Isi borang dengan lenkap dan betul
-
Hantar borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan ke
alamat
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Bahagian Teknikal, 23-H,
Tingkat Bawah, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang
permohonan:
permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri / Suami)
- Salinan Kad Pengenalan Waris
-
Salinan Sijil Nikah / Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil
Kematian / Akuan Sumpah -
Salinan Kad Pengenalan / MyKid anak / tanggungan yang tidak mempunyai
MyKid atau berumur bawah 12 tahun - Salinan penyata akaun bank
- Slip gaji terkini pemohon 3 bulan terakhir
- Slip gaji terkini pasangan (isteri / suami) 3 bulan terakhir
- Surat Pengesahan Pendapatan (jika ada)
-
Penyata KWSP pasangan (suami / isteri), Penyata tahun semasa (jika
berkaitan) - Gambar rumah terkini
- Gambar tapak cadangan
- Salinan hakmilik tanah
-
Salinan Sijil Carian Rasmi (boleh dapatkan di Pejabat Tanah Galian
Negeri Sembilan) - Pengesahan Ketua Adat (jika berkaitan)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh
menghubungi PKNNS di talian 06 – 761 6871 atau layari laman web PKNNS di
http://www.pknns.gov.my/
menghubungi PKNNS di talian 06 – 761 6871 atau layari laman web PKNNS di
http://www.pknns.gov.my/
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”