PEMULIH: Bantuan Khas Covid 19 – Bantuan Wang Tunai Isi Rumah & Bujang RM100-RM1300

Spread the love

tele

28 Jun 2021 jam 5 petang, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah melalui
perutusan khas yang disampaikannya telahpun melancarkan Bantuan Khas Covid-19
(BKC) dibawah agenda Pelan Pemulihan Negara untuk rakyat Malaysia terutama
sekali untuk kelompok sasar seperti golongan miskin tegar, B40 dan M40 yang
terkesan ketika PKP 3.0 ini.



Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Selepas
Bantuan Pemerkasa+ RM500
yang telah diperkenalkan sebelum ini, Perdana Menteri sekali lagi telah
mengumumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Covid-19 atau BKC
melalui skim bantuan yang baharu yang dinamakan Pakej Perlindungan Rakyat
dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan suntikan daripada kerajaan sebanyak
RM4.6b.

Skim bantuan ini dianggarkan dapat memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi
rumah, individu bujang dan warga emas yang berada dalam kelompok miskin
tegar serta mereka dari golongan B40 dan M40.

__________________________________________________________________________


Anda mungkin berminat pada artikel ini

Menerusi Skim Bantuan Covid-19 ini, rakyat akan menerima secara langsung
bantuan wang ringgit yang bernilai RM100 – RM1300 mengikut kelayakan
masin-masing.

Kategori Bantuan Khas PKP 3.0

Dengan perbincangan yang teliti oleh pihak Kerajaan, Kerajaan telah
mengklasifikasikan bantuan ini kepada 3 kelompok yang layak iaitu Miskin
Tegar, B40 dan M40.

  • Kategori Miskin Tegar
Status Jumlah Bantuan
Isi Rumah RM1300
Bujang RM500
  • Kategori Golongan B40
Status Jumlah Bantuan
Isi Rumah RM800
Bujang RM200
  • Kategori Golongan M40
Status Jumlah Bantuan
Isi Rumah RM250
Bujang RM100

Cara Pengkreditan

Pengkreditan akan dilakukan secara berperingkat melalui 3 fasa
iaitu:

  • Fasa 1 – Pada Bulan Ogos
  • Fasa 2 – Pada Bulan November
  • Fasa 3 – Pada Bulan Disember

Cara Melakukan Permohonan

Tiada sebarang maklumat lagi yang diumumkan oleh pihak kerajaan.
Kami akan menghebahkan makluman tersebut sekiranya terdapat pengumuman
rasmi oleh pihak Kerajaan.

1 thought on “PEMULIH: Bantuan Khas Covid 19 – Bantuan Wang Tunai Isi Rumah & Bujang RM100-RM1300”

Comments are closed.