SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Skim Rumah Pertamaku adalah satu inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan didalam Belanjawan 2011 oleh kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk membantu mereka yang ingin membeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5000 setiap pemohon) agar dapat memiliki rumah pertama mereka.
Untuk pengetahuan, Cagamas SRP Berhad akan memberikan jaminan kepada setiap bank-bank kepada pembiayaan yang lebih daripada 90%. Contoh, jika seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP Berhad akan menjamin 10% (daripada 90% – 100%) daripada jumlah pembiayaan.
PEMOHON YANG LAYAK
● Pembeli rumah pertama sahaja
● Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
● Pemohon individu atau bersama
● Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
● Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
● Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak melebihi daripada RM5,000)
● Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
KEPERLUAN PEMBIAYAAN
● Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
● Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
● Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
● Tempoh moratorium selama 5 tahun
● Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
● Nilai maksimum hartanah RM500,000
● Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
Semua pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan bank yang terlibat seperti di atas. Atau untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Portal Rasmi Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah
Syraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”
Pm skim rumah pertamaku (srp) pekerja sektor swasta
Mcm mane nk mohon online ni??
mcmmana kalau ada black list Kat bank??? Boleh beli atas 2pemilk(kongsi)???