Pengeluaran Akaun 1 KWSP: PGIRM Serah Senarai Nama Pencarum Kepada PM ~ Terkini

Spread the love

Pengeluaran Akaun 1 KWSP : Bakal atau sudah diusir dari rumah sewa dan
diisytihar muflis antara faktor mengapa ada pencarum Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) terdesak mengharapkan pengeluaran kecemasan dari Akaun 1 dana
persaraan itu.



Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd
Tahir berkata, itu hasil kaji selidik pihaknya bermula 15 Mei hingga 29 Mei
lalu, ke atas pencarum yang terkesan dan tercicir serta memerlukan
pengeluaran itu.

Blog%20telegram

Pengeluaran Akaun 1 bagi pencarum yang mempunyai tabungan hingga
RM50,000

Ujarnya, hampir separuh daripada 99,335 pencarum KWSP yang menyertai kaji
selidik PGIRM mempunyai tabungan hingga RM50,000 dalam akaun satu.

Hasil kaji selidik itu mendapati 40,267 pencarum iaitu 40.5 peratus yang
mempunyai simpanan RM10,001 hingga RM50,000 di dalam akaun satu memerlukan
pengeluaran KWSP Bersasar.

Manakala simpanan akaun satu dari RM50,001 ke RM100,000 pula seramai 27,792
pencarum.

Iaitu 28 peratus manakala simpanan RM100,001 ke RM200,000 pula seramai
15,667 atau 15.8 peratus.

Pencarum masih punyai simpanan yang mencukupi

“Bagi simpanan pencarum akaun satu dari RM10,000 dan ke bawah pula seramai
12,513 atau 12.6 peratus.

Manakala simpanan dari RM200,001 ke atas pula seramai 3,096 pencarum atau
3.1 peratus.

“Mengikut kajian, jumlah simpanan pencarum di dalam akaun dua pula yang
hanya mempunyai RM3,000 ke bawah melebihi separuh iaitu seramai 61,207 atau
61.6 peratus,” katanya dalam kenyataan semalam.

Azmi berkata, bagi simpanan RM3,001 ke RM10,000 pula seramai 18,716
pencarum atau 18.8 peratus.

Manakala RM10,001 ke RM50,000 pula melibatkan 17,120 atau 17.2
peratus.

“Pencarum yang mempunyai simpanan RM50,001 ke RM100,000 pula seramai 2,292
atau 2.3 peratus.

“Hasil kajian juga mendapati pencarum yang menjalani kaji selidik itu
mempunyai masalah nama disenarai hitam/CCRIS dan CTOS.

Paling tinggi iaitu 65,338 pencarum atau 65.8 peratus,” katanya.

Pencarum Perlukan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Beliau berkata, manakala pencarum yang menghadapi masalah bakal/sudah
diusir dari rumah sewa seramai 27,176 atau 27.4 peratus.

“Pencarum yang mendapat khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit (AKPK) pula seramai 14,620 atau 14.7 peratus.

Manakala pencarum yang diisytiharkan muflis seramai 4,303 atau 4.3
peratus.

“Pencarum yang sudah menerima notis sitaan rumah pula seramai 3,864 atau
3.9 peratus manakala pencarum sudah menerima notis bankrap seramai 3,089
atau 3.1 peratus,” katanya.

Katanya, PGIRM mempunyai senarai lengkap nama-nama pencarum hasil kaji
selidik yang dijalankan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan supaya meluluskan tuntutan rakyat ini demi kelangsungan hidup
mereka.

Sumber :
Buletin TV3