Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1 Dibenarkan September Ini

Spread the love

Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1 Dibenarkan September Ini



Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1 dibenarkan dan boleh dimohon pada bulan
September ini. Untuk sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
telah menawarkan sebuah kemudahan untuk ahli pada tahun ini.

PENGELUARAN KHAS KWSP FASA 1

Tahukah anda, bermula April lalu pihak KWSP telah melancarkan sebuah
kemudahan yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2. Kemudahan ini
dilaksanakan adalah bertujuan membantu ahli yang memerlukan untuk
mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan.

Apa yang menarik adalah sekitar 4 juta para pencarum boleh membuat
pengeluaran khas KWSP melalui FSA2 ini. Program kemudahan khas ini akan
dilaksanakan secara 2 Fasa, dan kini permohonan bagi FSA2 fasa 1 telahpun
dibuka kepada pencarum.

Baca Juga:

Kemudahan ini berobjektifkan membantu ahli/ pencarum KWSP bagi mendapatkan
pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Untuk makluman, simpanan
akaun 2 boleh digunakan sebagai membayar pembiayaan peribadi ini menerusi
permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun.

KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP FSA2

Seperti sedia maklum, pihak KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran
pembiayaan bagi fasa 1. Jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan adalah
minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 dan kadar bergantung kepada baki
simpanan akaun 2.

KELAYAKAN FSA2 FASA 1

Kriteria syarat kelayakan bagi pengeluaran fasa 1 Fasiliti Sokongan Akaun 2
KWSP telah ditetapkan seperti berikut :

Ahli KWSP
  • Seorang Warganegara Malaysia
  • Umur belum mencapai 55 tahun
  • Individu dibenarkan kemukakan permohonan sekali sahaja
  • Bagi permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan
  • Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 KWSP minimum RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  • Mematuhi terma dan syarat dari institusi perbankan

Info : Bagi permohonan fasa 1 pengeluaran FSA2 KWSP hanya melibatkan 2
institusi perbankan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan boleh membuat permohonan
secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila
layari laman rasmi FSA2 KWSP –
KLIK DI SINI