Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri Sehingga RM30,000 – Presiden 4PM

Spread the love

KWSP Sebelum Aidilfitri Pengeluaran Khas sehingga RM30,000


KWSP Sebelum Aidilfitri Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak
akan terjejas sekiranya desakan pengeluaran khas dipenuhi. Pengeluaran Khas
sehingga RM30,000.


KWSP Sebelum Aidilfitri

Memetik laporan Berita Harian, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam
Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat)
memberitahu, ia berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam
tabungan agensi terbabit.

Pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak pengeluaran KWSP ini,
mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali
ini.

Blog%20telegram

KWSP Sebelum Aidilfitri Pengeluaran Khas sehingga RM30,000

“Apabila KWSP mengatakan RM145 bilion sudah dikeluarkan dalam tempoh
pandemik, pada kami itu hanya satu angka kerana pelbagai penyelesaian dana
diseleweng, negara kita masih lagi berduit, tiada kakitangan tidak bergaji
atau sebagainya.

“Justeru mengapa KWSP sukar membenarkan pengeluaran sedangkan berjuta
pencarum terus melabur dalam dana persaraan itu dan kenapa terus mempertikai
soal pengeluaran (saki baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar
memerlukannya,” katanya kepada portal arus perdana.

KWSP sebelum ini mendedahkan pihaknya terlepas peluang mengembangkan
aktiviti pelaburannya susulan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya
menerusi empat siri kemudahan pengeluaran ketika pandemik Covid-19, iaitu
i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.

Namun demikian, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, dilaporkan
berkata pengeluaran RM145 bilion berkenaan tidak memberi kesan ketara
terhadap portfolio pelaburan pengurus dana persaraan itu.

Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pengeluaran itu seharusnya
dibenarkan berikutan ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan
mereka sedar tabungan masa depan susut.

Katanya, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat
menikmati persaraan hari tua, memandangkan pada masa sekarang jumlah yang
terkesan semakin ramai, ada yang diisytihar bankrap dan mengakhirinya dengan
bunuh diri.

Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan
mengganggu pelaburan KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
minta diberikan masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.

“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu
formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.

“Lagipun ia bukan dana kerajaan, mahu menunggu hari tua untuk
mengeluarkannya, mungkin tidak sampai usia itu kerana mereka meninggal
dunia, ditimpa musibah, kita tidak tahu,” katanya.

“Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas
pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau
Aidilfitri,” ujarnya. – Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri

KWSP Sebelum Aidilfitri Pengeluaran Khas