Permohonan Bantuan Ihsan Kerajaan Negeri Johor

Spread the love

PERMOHONAN BANTUAN IHSAN JOHOR






Untuk makluman warga Johor, kerajaan negeri menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) akan melaksanakan Program Insan Johor. Program ini bertujuan untuk membantu peniaga dalam kalangan B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan wabak pandemik, COVID-19.


“Program ini selari dengan hasrat kerajaan negeri meneruskan legasi kemakmuran Johor dalam pelbagai bidang khususnya mengukuhkan agenda pembangunan modal insan demi manfaat rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad”

Program Ihsan Johor ini juga bertujuan untuk menyediakan bantuan peralatan bagi membolehkan peniaga B40 dan M40 yang terjejas teruk susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19 agar menyertai program menjana pendapatan negara yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.



103320523 2383346401962523 1420893704460169805 o

SENARAI PAKEJ BANTUAN INSAN JOHOR

Berikut merupakan 5 pakej untuk Bantuan Ihsan Johor:

1. Pakej JahitanPakej ini merangkumi bidang berkaitan jahitan pakaian, langsir dan alas meja. Antara peralatan yang akan diberikan ialah:

  • ● Mesin Jahit Lurus Industri
  • ● Mesin Jahit Tepi Industri
  • ● Mesin Jahit Sulam

2. Pakej AutomotifPakej ini merangkumi bidang berkaitan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal atau kereta. Peralatan yang akan diberikan antaranya ialah:

  • ● Air Compressor
  • ● Car Tyre Changer



3. Pakej Agro
Pakej ini merangkumi semua yang terlibat dalam bidang pertanian, perladangan dan tanaman. Antara peralatan yang akan diberikan ialah:

  • ● Mesin Rumput
  • ● Mesin Gempur Tanah

4. Pakej Gunting Rambut Lelaki
Pakej ini merangkumi bidang perkhidmatan untuk mengunting rambut. Peralatan yang akan diberikan melalui pakej ini ialah:

  • ● Barber Chair
  • ● Washing Chair


5. Pakej Makanan dan Minuman
Pakej ini merangkumi bidang berkaitan perkhidmatan makanan dan minuman termasuk produk makanan, sejuk beku, bakeri, dan lain-lain.
Pemohon dalam pakej ini akan menerima peralatan antaranya:

  • ● Industrial Oven (saiz kecil)
  • ● Heavy Duty Stand Mixer (saiz sederhana)
  • ● Chiller (1 pintu)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Untuk memohon Program Ihsan Johor, anda dikehendaki menyemak syarat-syarat kelayakan yang tertera berikut: 
  •  Lahir di negeri Johor
  • ● Berumur 18-60 Tahun
  • ● Di utamakan kepada yang belum pernah menerima bantuan peralatan dariada agensi kerajaan
  • ● Telah berdaftar perniagaan dengan SSM sebelum 31 Disember 2019
  • ● Satu permohonan sahaja di kalangan isi rumah


TEMPOH PERMOHONAN
Tarikh permohonan bantuan Insan Johor ini adalah seperti berikut:
Tarikh buka permohonan: 11 Jun 2020, bermula 3 petang.
Tarikh tutup permohonan: 4 Julai 2020.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN INSAN JOHOR






Untuk permohonan bantuan ini, anda dikehendaki untuk mengisi borang permohonan melalui format ‘Google Form’.

Berikut kami sediakan pautan untuk anda mengisi borang permohonan tersebut:

Setelah mengisi permohonan yang lengkap, klik submit untuk menghantar permohonan.
Selepas tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan, jika pemohon tidak mendapat sebarang pemberitahuan, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.
Pemalsuan maklumat di dalam permohonan akan menyebabkan permohonan pemohon terbatal serta-merta.
Pemohon hanya dibenarkan memohon sekali sahaja sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Insan Johor

Jika anda ingin mendapatkan info atau maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pejabat Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) di alamat:

No 2, Jalan Iskandar Puteri 1/3,

Taman Nusantara Prima,

Iskandar Puteri Commercial Centre,

79200 Iskandar Puteri,

Johor Darul Takzim.


Waktu pejabat bagi Ahad hingga Rabu adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pada hari Khamis adalah dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

Individu yang berminat juga boleh membuat panggilan di talian 07-266 7271/7269 atau