Permohonan Bantuan RM480 Untuk Mereka Yang Bergelar Suri Rumah B40

Blog%20telegram


Tahukah anda? Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP
dengan insentif khas di bawah i-Suri. Ini bertujuan bagi memastikan
kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada
ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri
KWSP.


Berikut dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk memohon i-Suri
KWSP.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan
tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun
menerusi pautan seperti berikut:

Bantuan%20Suri%20Rumah%20SemakanKerjaya

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Berikut dikongsikan syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan
    Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam
    akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)

Belum mencapai umur 60 tahun.


SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif
sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif
Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat
permohonan baru bagi i-suri.

FAEDAH I-SURI KWSP

Berikut dikongsikan faedah i-Suri KWSP:
  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk
    kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2500

Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang
telah ditetapkan seperti berikut:
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam
    E-Kasih: ATAU
  • KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang
    berdaftar dalam eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5
    sebulan atau RM60 setahun.

CARA BAYARAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran:
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB
    atau PBB

Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala
berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga
Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya
daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (
Akaun Persaraan dan Akaun 2.

i Suri

Insentif%2BSkim%2Bi Suri


MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman
web
https:www.kwsp.gov.my/