Untuk pengetahuan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menyediakan sebuah
portal online iaitu TEDUH yang memudahkan rakyat Malaysia khususnya Golongan
B40 untuk menyemak atau mencari rumah yang mereka bakal miliki secara beli
atau sewa.
TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan
projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di
Malaysia.
projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di
Malaysia.
Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul
dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu
yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan
Negara KPKT.
dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu
yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan
Negara KPKT.
Berikut merupakan maklumat-maklumat yang akan dikongsikan berkaitan Skim
Perumahan di Malaysia :
Perumahan di Malaysia :
SENARAI SKIM PERUMAHAN
Antara skim bantuan yang ditawarkan ialah :
1. Skim Rumah PPR
Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan
untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman
bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Ianya terdiri daripada 2
kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki
dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala
RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman
bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Ianya terdiri daripada 2
kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki
dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala
RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
2. Skim Rumah Transit
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara
kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun
hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan
bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.
kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun
hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan
bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.
3. Skim SPP
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan
berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.
berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.
4. Skim MyHome
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome menawarkan
insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli
rumah dan pemaju swasta.
insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli
rumah dan pemaju swasta.
BACA JUGA : Bantuan JKM Dinaikkan Daripada RM300 Kepada RM1000 Sebulan – Semak
Cara Membuat Permohonan!
Cara Membuat Permohonan!
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Skim PPR
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
-
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan
Negeri
Skim Rumah Transit
- Warganegara Malaysia
- Telah berkahwin
- Berumur antara 18 hingga 30 tahun
-
Tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit
dipohon - Bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Tiada rekod jenayah
Skim SPP
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 70 tahun
- Bekerja dan mempunyai pendapatan
- Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
- Belum mempunyai rumah
-
Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga
RM3,000.00 sebulan - Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
Skim MyHome
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
-
Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada
pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami
atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK
LAYAK. - Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Dokumen sokongan untuk memohon MYHOME :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
- Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
- Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
- Salinan surat pengesahan majikan
- Salinan penyata gaji terbaru
- Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
- Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
-
Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan
pasangan
CARA PERMOHONAN
1. DAFTAR AKAUN
-
Daftar akaun menerusi laman web
sprn.kpkt.gov - Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel.
- Seterusnya, klik butang daftar
2. BUAT PENGESAHAN
-
Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN
MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan. -
Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru untuk pengaktifan
akaun dan penetapan kata laluan anda.
3. LOG MASUK
-
Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada
ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.
4. PILIH SKIM PERUMAHAN
-
Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan
yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim. -
Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum
membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk
permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang
‘Pilih Skim’.
5. MAKLUMAT PEMOHON
- Klik pautan maklumat pemohon
-
Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”.
Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
6. PILIH PROJEK
- Klik pautan Projek untuk memohon projek.
7. DOKUMEN SOKONGAN
-
Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan
permohonan.
8. PENGESAHAN
- Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian:
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51
Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya
Aras 30-38, No. 51
Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: [email protected]
Emel: [email protected]
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”