Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022, Borang Permohonan & Syarat Kelayakan Bagi Setiap Negeri

Spread the love

Blog%20telegram


Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik
Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra
Rakyat (RMR).


Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah
mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di
Malaysia.

Harga%2BRMR

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti
nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal
di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang
sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000
dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
seperti di bawah

ciri%2Bciri%2Bprogram%2Brmr

Harga & Reka Bentuk RMR

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama
iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga
RMR mengikut tempat:


1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
Harga: RM75,000
Subsidi pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM55,000
Anggaran
Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

reka%2Bbentuk%2B1

reka%2Bbentuk%2B2

reka%2Bbentuk%2B3

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
Harga: RM85,000
Subsidi Pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman:
RM65,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

reka%2Bbentuk%2B4

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
Harga: RM75,000 – RM106,000
Subsidi pembinaan: RM20,000
Jumlah
Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun):
RM300 – RM470

reka%2Bbentuk%2B5

reka%2Bbentuk%2B6

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah
    usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke
    atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat
    kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada
    rekabentuk)

syarat%2Bkelayakan%2BRMR

Cara Membuat Permohonan RMR

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

Secara Online
  • Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan
    lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang
    didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau
    cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual
  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar
    kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan
    dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang
permohonan RMR:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari
    Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat
    pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau
    memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

NOTA:Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang
perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas
A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan
dari semasa ke semasa

dokumen%2Byang%2Bdiperlukan

Semakan Status Kelulusan

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan
hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari
tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan
syarat

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawab untuk:
  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut
    spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh
menghubungi

IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon:
03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti
Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks:
04-4500379
Emel: [email protected]

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan
Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks:
06-3369753
Emel: [email protected]

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana
1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri
Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601
3507

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda,
Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala
Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks:
09-6627312
Emel: [email protected]

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru
Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 /
05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: [email protected]

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera
Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573
3666
E-mail: [email protected]

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji,
Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 /
07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail:
[email protected]

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi
Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 /
09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail:
[email protected]

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD,
Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050
Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail:
[email protected]

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin,
Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 /
088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: [email protected]