Permohonan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021 Masih Dibuka!

Banner%2BTelegram

Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat yang
dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadanan (MOF Inc) yang menawarkan Skim
Rumah Mesra Rakyat (RMR).


Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah
mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di
Malaysia.

RMR%2B1


Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Projek RMR dilaksanakan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah
seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau
tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri
yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000
dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
seperti di bawah.

RMR%2B2

Harga & Reka Bentuk RMR

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaanya adalah sama
iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga
RMR mengikut tempat :

1) Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
Harga : RM75,000
Subsidi pembinaan : RM20,000
Jumlah Pinjaman :
RM55,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM300

RMR%2B3

RMR%2B4

RMR%2B5


2) Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
Harga : RM85,000
Subsidi Pembinaan : RM20,000
Jumlah Pinjaman :
RM65,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM350

RMR%2B6

3) Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
Harga : RM75,000 – RM106,000
Subsidi pembinaan : RM20,000
Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,000
Anggaran
Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM300 – RM470

RMR%2B7

RMR%2B8


Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :
 Warganegara Malaysia
● Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
● Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
● Pemohon atau pasanagan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah
usang / tidak sempurna
● Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya.
Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran
pemilik
● Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada reka
bentuk)

RMR%2B9

Cara Membuat Permohonan RMR

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan :

1) Secara Online
 Layari laman web SPNB di pautan
https://rmr.spnbonline.com.my/
● Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
● Kemudian, ID Login dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftar
● Log masuk ke SPNB dengan ID dan kata laluan yang diberikan
● Lengkapkan borang yang dikehendaki
● Setelah isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
● Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan
SPNB yang berdekatan

2) Secara Manual
Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali
kepada SPNB selepasa permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang
permohonan RMR :
 Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
● Salinan kad pengenalan tuan tanah
● Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
● Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat
Tanah yang terbaru.
● Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat
pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
● Surat akuan sumpah / surah pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki
rumah atau memiliki rumah yang usang*
● Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
● Salinan sijil nikah pemohon
● Borang laporan tapak bergambar

NOTA : Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki
rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / PEgawai
Profesional Kelas A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada
keperluan dari semasa ke semasa.

RMR%2B10
Semakan Status Kelulusan

Maklum balas pemohon akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan
hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari
tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan
syarat.

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawanb untuk :
● Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
 Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut
spesifikasi
● Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
● Membuat penyambungan bekalan utaman ke bangunan
● Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh
menghubungi :

IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8,
Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon :
03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel : [email protected]

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong,
Kedah
Telefon : 04-4500375 / 04-4500376
Faks : 04-4500379
Emel :
[email protected]

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon:
06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel:
[email protected]

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2
Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 /
06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu,
Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel:
[email protected]

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya,
30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks:
05-5264319
E-mail: [email protected]

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan,
Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail:
[email protected]

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000
Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks:
07-2223233
E-mail: [email protected]

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir
Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks:
09-7885545
E-mail: [email protected]

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan
Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 /
082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: [email protected]

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran,
89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks:
088-791613
E-mail: [email protected]