Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 : MYBERAS@Wilayah

Spread the love



APAKAH ITU “MYBERAS”?

MYBERAS adalah sumbangan beras percuma kepada warga Wilayah Persekutuan
yang layak pada setiap minggu sepanjang bulan Februari ini.


MYBERAS@Wilayah merupakan salah satu inisiatif tambahan program
MyFood@Wilayah yang diletakkan di bawah Cakna Kemiskinan selaras dasar
Wilayah Prihatin.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di
https://www.yayasanwp.org/myberas

APAKAH JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN MELALUI PROGRAM “MYBERAS” INI?


Bantuan yang diberikan adalah satu (1) kampit beras 5 kilogram bagi
setiap keluarga yang layak.

APAKAH TUJUAN PROGRAM “MYBERAS” DILAKSANAKAN?

Program MYBERAS diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Hj. Musa, Menteri
Wilayah Persekutuan dengan tujuan meringankan beban warga Wilayah
Persekutuan yang dari golongan miskin bandar atau B40 yang terjejas
pendapatannya akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan.

Sumbangan bagi menjayakan program MYBERAS@Wilayah ini, dikumpulkan
hasil dari perniagaan Yayasan Wilayah Persekutuan, sumbangan peribadi YB
Tan Sri TPr. Annuar Hj. Musa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan korporat serta individu yang
prihatin.

SIAPAKAH RAKAN STRATEGIK BAGI PROGRAM “MYBERAS” INI?

Rakan Strategik bagi menjayakan Program MYBERAS ini adalah

  • Yayasan Wilayah Persekutuan yang mengurus pembekalan dan sumbangan
    beras
  • Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
    Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam
    Wilayah Persekutuan.
  • Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang
    menguruskan pengedaran beras secara terus kepada rakyat.
  • Turut bekerjasama ialah para penderma individu dan
    syarikat-syarikat swasta yang prihatin dengan kesusahan
    rakyat.


BILAKAH PROGRAM “MYBERAS” INI AKAN DILAKSANAKAN?



MYBERAS akan dimulakan pada 1 Februari 2021 bersempena Sambutan
Hari Wilayah Persekutuan, yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri
Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin.

Tempoh agihan sumbangan akan dilanjutkan sehingga Jun 2021,
berdasarkan sumbangan beras yang diterima dari orang ramai dan badan
korporat yang menyumbang.

GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT BANTUAN DAN MANFAAT DARIPADA INISIATIF
PROGRAM “MYBERAS” INI?

Golongan yang akan mendapat manfaat dan bantuan daripada inisiatif
program MYBERAS ini ialah golongan berstatus miskin bandar dan golongan
B40 yang terjejas akibat Covid19 di Wilayah Persekutuan.

Sumber : Yayasan WP