Portal e-Kasih : Panduan Mendaftar Permohonan Baru & Semakan EKasih Online 2021

tele



Portal e-Kasih : Cara-Cara Untuk Mendaftar Permohonan Baru & Semakan
EKasih Online



Sistem eKasih

Sistem eKasih adalah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang
diwujudkan diperingkat kebangsaan untuk merancang, melaksana dan memantau
program kemiskinan oleh Unit ICU daripada Jabatan Perdana Menteri.

Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih

Mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu,
program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi
Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan
bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Manakala Komponen Data eKasih pula terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi
Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan,
Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Data e-Kasih digunakan oleh kementerian / agensi yang memberi bantuan
melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan eKasih :
  • Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
    semasa.
  • Warganegara Malaysia
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi
rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai
pengukuran kepada status kemiskinan. PGK semasa yang digunakan adalah PGK
2016. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan
(Bandar) atau RM1000 sebulan (Luar Bandar) layak dan digalakkan untuk
memohon.

4 Punca Pendapatan Utama Adalah Seperti Berikut :
  • Pekerjaan bergaji
  • Bekerja sendiri.
  • Pendapatan daripada harta dan pelaburan.
  • Pindahan semasa diterima.
Nota : Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan
dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

Pendaftaran Baru eKasih

Terdapat 2 cara untuk mendaftar iaitu :
  • Rujuk Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
  • Melalui email rasmi, surat atau telefon atau mendaftar dan membuat
    laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),
    Pemimpin Tempatan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
image

Carta Proses Pendaftaran

image

4 Status Daftar eKasih

  • Disahkan : Telah dibanci
  • Disemak : Dalam proses banci
  • Ditolak : Tidak layak dibanci
  • Baru / Daftar Terbuka : Permohonan baru

Semakan eKasih

Setelah anda membuat permohonan dan jika anda ingin membuat semakan anda
boleh ke pautan berikut :

Kemudian anda hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan “Klik Untuk
Cari”

image

Maklumat Lanjut 


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pendaftaran dan
semakan mengenai eKasih, anda boleh layari pautan berikut 
eKasihSemoga
perkongsian ini membantu anda berjaya mendaftar dengan betul dan dapat
membuat semakan eKasih.