RASMI: Kerajaan Umum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM300 Untuk Isi Rumah Telah Dikreditkan

PUTRAJAYA – Bantuan kewangan tunai di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk
golongan B40 diawalkan dari Mac kepada Selasa.



Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dikreditkan Bermula Hari Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran fasa pertama
bantuan yang kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
itu melibatkan 8.7 juta penerima dengan implikasi kewangan RM1.67
bilion.

“Ia akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar mulai 17
Januari,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Blog%20telegram

Jumlah Bantuan Disalurkan

Menurut beliau, seramai 4 juta penerima isi rumah menerima RM300, 1.2 juta
warga emas tiada pasangan (RM100) dan 3.5 juta penerima bujang
(RM100).

“Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang
mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran
ini pada tarikh yang sama,” ujarnya.

FmlHFkXakAE0Uu6%20(1)

Semakan Status Pembayaran

Penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai
tarikh sama bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

“Semakan status pembayaran akan dibuka mulai Selasa dan maklumat lanjut
berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi
STR melalui pautan
https://bantuantunai.hasil.gov.my,” katanya.