RASMI : Tarikh & Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Blog%20telegram

Pembayaran STR Fasa 1 telah mula dikreditkan dan hampir tamat. Setelah itu,
pembayaran Fasa 2 akan dilaksanakan.



SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan kewangan yang disalurkan
daripada pihak kerajaan untuk rakyat berkelayakan.

Pembayaran bantuan ini adalah melalui jumlah pendapatan bulanan. Pembayaran
STR ini juga adalah secara berfasa mengikut tarikh yang diumumkan oleh
kerajaan.

STR FASA 1

Pembayaran STR Fasa 1 telah diawalkan daripada Mac kepada Januari
itu. Bantuan tersebut sudah dikreditkan dan hampir semua penerima telah
terima bayaran tersebut. Ia disegerakan untuk membantu penerima hadapi musim
tengkujuh.

Masing-masing bujang dan warga emas tiada pasangan terima bayaran
RM100. Manakala isi rumah terima RM300 sekiranya layak.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Sumbangan%20Tunai%20Rahmah


Tarikh pembayaran bagi STR Fasa 2 belum diumumkan setakat ini. Hal
ini kerana pembayaran STR Fasa 1 baru sahaja diumumkan, oleh sebab
itu pengumuman bagi tarikh bayaran STR Fasa 2 masih terlalu
awal.

Tetapi jangkaan pembayaran STR Fasa 2 jika mengikut bayaran BKM 2022 di
mana setiap 3 bulan pembayaran akan dilaksanakan.

Oleh yang demikian, jika mengikut perkara tersebut dijangkakan pembayaran
fasa seterusnya adalah pada bulan April 2023.

Walau bagaimanapun ia hanyalah sekadar jangkaan. Pihak kerajaan akan
umumkan tarikh bayaran yang rasmi pada masa akan datang.

KATEGORI KELAYAKAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas
tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu,
sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru,
dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.