anda berhasrat untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan?
Berita baik bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memiliki rumah pertama sendiri.
sebuah portal online iaitu TEDUH yang memudahkan rakyat Malaysia menyemak
atau mencari rumah yang bakal mereka beli atau sewa.
Portal
TEDUH
ini bakal memaparkan beberapa skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan
iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat
(PPR), PR1MA, PPAM dan Rumah Transit.
penuh projek-projek serta program-program
perumahan
awam dan swasta di Malaysia.
termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program perumahan dan cara
permohonan:
1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi
laman sesawang di
https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.
2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel.
Seterusnya, klik butang daftar.
1. Pemohon akan menerima
email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan
akaun yang telah didaftarkan.
2. Pastikan pemohon klik pautan
yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan
penetapan kata laluan anda.
3. Masukkan tetapan kata laluan.
Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan
‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan.
Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.Langkah 4. Pilih Skim Perumahan
1. Untuk permohonan, anda perlu
mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan
pilih skim.
2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk
setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek
yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya,
klik butang ‘Pilih Skim’.
1. Klik pautan maklumat pemohon.
2.
Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”.
Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
Klik pautan Projek untuk memohon
projek.Langkah 7. Dokumen Sokongan
Klik pautan Dokumen Sokongan untuk
muat naik dokumen sokongan permohonan.Langkah 8. Pengesahan
Klik pautan Pengesahan untuk hantar
permohonan.
Program Perumahan
Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan
semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan
berpendapatan rendah (B40). Program perumahan ini terdiri daripada 2
kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki
dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala
RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
B. Skim Rumah Transit
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara
sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18
tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250
sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.
C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome
menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada
para pembeli rumah dan pemaju swasta.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di
talian:
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya
MyHome
Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 /
4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400
Tel:
03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: [email protected]
Semoga
perkongsian Permohonan Rumah Mampu Milik 2020 Untuk Golongan B40/ M40 ini
dijadikan panduan buat anda semua!

Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”