Rumah Mesra Rakyat SPNB: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB) Kini Dibuka Semula

Spread the love



Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB). Anda ingin memiliki rumah
sendiri? Berikut adalah panduan buat anda golongan yang berpendapatan rendah
yang ingin memiliki rumah idaman sendiri.


Untuk pengetahuan semua , Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telahpun
mewujudkan satu skim perumahan untuk rakyta Malaysia yang diberi nama Rumah
Mesra Rakyat Plus RMRPLUS. Tujuan skim ini adalah untuk membantu mereka yang
dikategorikan golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai
rumah. Jika anda rasa diri anda layak untuk memohon , anda boleh melakukan
permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara atas talian.

MUKADIMAH

Untuk pengetahuan am anda, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
merupakan sebuah syarikat dibawah naungan Menteri Kewangan Diperbadankan
(MOF Inc.) yang telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 bagi tujuan menyediakan
rumah mampu milik yang berkualiti kepada rakyat di Malaysia . Pada tahun
2018, SPNB telahpun diletakkan di bawah pengurusan atau diselia dibawah
naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

OBJEKTIF PROGRAM

Program/ Skim ini ditubuhkan adalah dengan tujuan membantu mereka
yang dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah seperti nelayan ,
petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di sebuah
rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri
yang sempurna dan selesa.

CARA PERMOHONAN



Berikut dikongsikan maklumat tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB termasuk
memaparkan syarat kelayakan , ciri perumahan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB

Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut
:

● Warganegara Malaysia
● Berumur 18 tahun ke atas
● Pendapatan
bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000


Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online

1. Untuk permohonan anda boleh dapatkan borang permohonan dengan melayari
ke laman web http://spnb.com.my/
2.
Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang
berdekatan .
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma
Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2618
5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: [email protected]
No. Faks:
603-2681 0170

Penafian : Laman web
Semakan Kerjaya tiada sebarang
kaitan dengan pihak kerajaan atau Syarikat Perumahan Negara Berhad .
Postingan ini hanya untuk informasi sahaja bagi memudahkan permohonan
anda.

Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mesra Rakyat , sila layari ke laman web
rasmi di
http://www.spnbmesra.com.my/ 


Semoga dengan adanya skim perumahan ini dapat membantu golongan yang kurang
berkemampuan dapat memiliki rumah idaman mereka sendiri .

*untuk lebih info tentang jawatan kosong , info semasa , bantuan kerajaan
dan banyak lagi info menarik pastikan anda mengikuti chanel telegram :
https://t.me/semakanMy