Rumah Mesra Rakyat SPNB: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online (SPNB) Kini Dibuka Semula


Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online (SPNB). Anda ingin memiliki
rumah sendiri? Berikut adalah panduan buat anda golongan yang
berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah idaman sendiri.


Untuk pengetahuan semua , Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB)
telahpun mewujudkan satu skim perumahan untuk rakyta Malaysia yang
diberi nama Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS. Tujuan skim ini adalah
untuk membantu mereka yang dikategorikan golongan berpendapatan rendah
(B40) yang tidak mempunyai rumah. Jika anda rasa diri anda layak untuk
memohon , anda boleh melakukan permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB
secara atas talian.
RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)


Skim Rumah Mesra Rakyat atau RMR merupakan bantuan untuk membuat rumah
(subsidi kerajaan) terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah seperti
nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal
di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri
yang sempurna dan selesa.

Dengan kata lain, rumah ini sesuai untuk golongan B40 dan M40 (M1).

Skim ini boleh dimohon oleh semua rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di
Sabah, Sarawak dan juga Labuan.

Rumah yang ditawarkan adalah berkonsepkan 1 tingkat dengan 3 bilik tidur
dan 2 bilik air.

Harganya yang ditawarkan juga sangat murah berbanding di luar dimana dengan
keluasan rumah 1000 kps hanya berharga RM75,000 sahaja.

Syarat Kelayakan Rumah RMR


  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun
    ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki
    rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
    Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat
    kebenaran pemilik tanah tersebut
  • Mempunyai tanah yang berkeluasan tidak kurang daripada 3,600 kps
    (mengikut rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan pemohon

Pemohon kedua diperlukan sekiranya umur 42 tahun (untuk semenanjung)
dan 38 tahun (Sabah, Sarawak dan kawasan pulau).

Baca:
Permohonan Bantuan Persekolahan KPM

Pelan & Harga Rumah Mesra Rakyat

Harga Rumah Mesra Rakyat Semenanjung

harga rumah mesra rakyat 1


Pelan Rumah Mesra Rakyat Semenanjung

rumah mesra rakyat semenanjung


Harga Rumah Mesra Rakyat Sabah/Sarawak

harga rumah mesra rakyat 2


Pelan Rumah Mesra Rakyat Sabah/Sarawak

rumah mesra rakyat sabah sarawak

Permohonan Rumah Mesra Rakyat


Berikut adalah cara untuk memohon RMR ini:

#1 BUKA LAMAN WEB
permohonan rumah rumah mesra rakyat rmr


Pergi ke portal rasmi SPNB
http://rmr.spnbonline.com.my

#2 KLIK PENDAFTARAN BARU

Klik pada Pendaftaran Baru. Isi maklumat yang diperlukan dengan
lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID nanti.

#3 PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN

Semak emel anda. Kata laluan akan dihantar melalui emel.

#4 LOG MASUK KE LAMAN UTAMA

Kini anda boleh mula login masuk dengan menggunakan ID (emel anda)
dan kata laluan yang dihantar ke emel anda tadi.

#5 MELENGKAPKAN BORANG ONLINE

Paparan borang permohonan online akan ditunjuk. Lengkapkan segala
maklumat yang diperlukan.

#6 SELESAI MENGISI BORANG ONLINE

Selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik Selesai Pendaftaran
Borang dan Cetak Borang tersebut.

#7 MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB

Bawa borang yang anda cetak tadi berserta dokumen ke Pejabat
Cawangan SPNB yang berdekatan.

cawangan spnb

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk
memohon rumah RMR:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari
    Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat
    pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau
    memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPRN) di hotline 1300 80 3838 atau
emel [email protected]